browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Apa Itu G-8, G-15 & Kumpulan 77?

Posted by on October 1, 2013

“Pada persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade tahun 1989, Setiausaha Agung Komenwel Sir Shridath Ramphal menemui saya bagi membincangkan penubuhan sebuah kumpulan kecil yang lebih berkesan di kalangan negara-negara membangun. Beliau juga menemui lima atau enam pemimpin Amerika Selatan, Afrika dan Asia. Kumpulan NAM terlalu besar. Pada persidangan dwi-tahunannya, pemimpin-pemimpin telah membuat kenyataan negara, tetapi ia gagal menangani secara berkesan masalah yang dihadapi oleh negara Selatan.

Jadi, Sir Shridath cadangkan sekumpulan 15 negara membangun dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan mungkin boleh berbincang dengan lebih mendalam mengenai masalah negara membangun dan mungkin juga mengadakan dialog dengan negara perindustrian paling maju dalam G-7 (kini G-8).

Saya sukakan idea beliau dan bersetuju mempelopori penubuhan kumpulan itu, yang berkesudahan dengan persidangan perasmian G-15 di Kuala Lumpur pada 1990. Ia dihadiri oleh Malaysia, Indonesia, India, Iran, Sri Lanka, Argentina, Brazil, Chile, Venezuela, Colombia, Algeria, Mesir, Nigeria, Jamaica dan Zimbabwe. Sokongan daripada negara Amerika Latin agak dingin, tetapi negara Asia begitu bersemangat. Banyak perbincangan dibuat dan bertumpu khususnya kepada perdagangan di kalangan negara membangun serta pembangunan ekonomi. Kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai Kumpulan Selatan-Selatan.

Bagaimanapun, G-7 tidak mengiktiraf G-15 sebagai sebuah kumpulan yang mewakili Selatan atau suara negara membangun. Itu adalah pilihan mereka dan mereka tidak perlu beri.penjelasan. Mereka langsung tidak pedulikan G-15. Apabila Presiden Indonesia, Suharto mewakili G-15 ke persidangan G-7 di Tokyo pada 1993, beliau dibiarkan menunggu dan akhirnya tidak dapat berjumpa mereka. Sikap begini adalah perkara biasa bagi negara maju. Mereka lebih suka berurusan dengan Kumpulan G-77 yang merangkumi banyak negara kecil dan lemah yang terhutang budi kepada mereka.

Di kalangan pemimpin G-7, Presiden Perancis Jacques Chirac mungkin antara yang paling simpati dengan negara-negara Selatan. Saya sendiri kenal rapat dengan Chirac. Jadi, apabila.Perancis dijadualkan menganjur persidangan G-7, saya menulis kepada beliau. Walaupun Chirac memutuskan untuk tidak mengundang G-15 sebagai sebuah kumpulan, beliau menjemput beberapa pemimpin negara Selatan.

Saya adalah salah seorang yang menghadiri persidangan G-7 di Evian, Perancis pada 2002.”

(“Saya” dalam tulisan di atas adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad dipetik daripada buku beliau, DOKTOR UMUM, muka surat 488-490)

KUMPULAN 8 (G-8) : Sebuah forum bagi Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (walaupun Kesatuan Eropah tidak mempunyai hak untuk menganjur atau mempengerusikan mesyuarat).

KUMPULAN 77 (G-77) : Sebuah perkumpulan tidak formal negara-negara sedang membangun untuk mempromosi agenda ekonomi secara bersama di Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai sebuah gabungan, kumpulan tersebut juga berusaha untuk memberi platform rundingan yang lebih kuat di Bangsa-Bangsa Bersatu.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);