browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kalau Aku Kaya, Bahagia Ke?

Posted by on October 2, 2013

Semasa saya mengikuti sebuah sesi motivasi, penceramah itu bertanya kepada seorang peserta ; “Apa yang kamu nak dalam hidup ini?”. Lantas peserta itu menjawab ; “Nak jadi kaya.”

Betul juga, ramai yang nak jadi kaya dalam hidup ini. Soalan yang sama beralih kepada peserta lain. Jawapannya ; “Saya nak sebuah keluarga yang bahagia.”. Yang lain menjawab ; “Nak beli kereta besar, rumah besar, bini ramai!”. Hadirin ketawa dengan jawapan “bini ramai”. Bukankah itu impian kebanyakan lelaki?

Soalan “Apa yang kita nak dalam hidup ini?” begitu subjektif. Jawapannya semua betul tidak ada yang salah. Ada juga yang menjawab ; “Apa yang saya nak dalam hidup ini adalah masuk syurga selepas mati.” Tahniah, ramai yang terlupa dengan jawapan itu.

APAKAH ERTINYA SEMUA ITU JIKA..

Pernahkah kita mendengar seorang yang kaya raya, mempunyai wang yang melimpah, perniagaan yang hebat berbilion dolar, tetapi setiap hari bertarung dengan penyakit dan berulang alik ke hospital? Apakah beliau sudah bahagia?

Ada juga sebuah keluarga yang elok pekertinya, tetapi kais pagi makan pagi kais petang makan petang, perbelanjaan mereka tidak menentu. Ya. Mungkin mereka ‘bahagia’ tetapi barangkali hidup mereka tidak sempurna kerana serba kekurangan. Mungkin juga anak-anaknya tidak cukup makan. Duit bukan segala-galanya, tetapi semua perkara memerlukan duit.

Siapa suka gaji 5 angka tapi setiap hari hidup dalam kemurungan dan penuh dengan masalah. Siapa suka jika kaya raya tetapi negara tidak aman, rusuhan di sana sini, bagaimana mahu mengecapi nikmat kekayaan itu?

Ada orang dapat isteri cantik, tapi main kayu tiga. Siapa yang tenang jika begitu?

Matlamat adalah destinasi. Kalau kita mengembara ke sesuatu tempat, pasti ada masa kita akan berhenti untuk mencari bekalan makanan, berhibur, membersihkan diri dan tidur. Bagitu juga dalam hidup, apa yang kita mahukan? Adakah semata-mata mahu menjadi kaya?

Kecemerlangan yang kita mahukan dalam hidup ini adalah KEAMANAN pada diri sendiri dan KEAMANAN untuk alam.

Apabila kita memperoleh KEAMANAN, nescaya hidup kita akan tenang tidak kira kita berada dalam mana-mana taraf, pangkat dan kedudukan pun.

Apabila hati tenang, kerja mudah dibuat, ibadat seronok dilaksana dan akhirnya kita akan mengecapi nikmat Syurga sebagai destinasi terakhir kita apabila diizinkan oleh Allah Subhanahu Wa Taa’la.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2 Oktober 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);