browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Rahsia Buku Kecil Tun Mahathir

Posted by on October 8, 2013

Apa yang ada dengan buku nota yang selalu diselit di dalam kocek baju? Mungkin nampak murah sekadar berharga 50 sen.

Tahukah kita bahawa kebanyakan idea-idea mega Tun Mahathir membangunkan negara dicatit di dalam buku nota kecil yang mungkin tidak mahal itu?

Tun Mahathir ketika sampai di Dallas Fort International Airport di US, beliau diberitahu oleh pegawai US ; “Ini adalah airport terbesar di dunia!”.
Tun Mahathir mencapai buku kecilnya dan menulis ; “KEDUA TERBESAR DI DUNIA”.

Semasa melawat Willis Tower yang ketika itu adalah bangunan tertinggi di dunia.
Tun Mahathir menulis dalam buku kecilnya ; “KEDUA TERTINGGI DI DUNIA”

Sewaktu Tun M melawat Perancis dan difahamkan bangunan telekom di sana adalah antara EMPAT Tertinggi di dunia.
Tun M menulis dalam buku kecilnya ; “ANTARA LIMA TERTINGGI DI DUNIA”.

Tun Mahathir berbual dengan pekerja mahir yang terlibat dengan industri Gentian Optik di Perancis, 85% daripada mereka adalah Muslim. Tun M bertanya kepada mereka ; “Kenapa tidak mahu balik dan berkhidmat di negara sendiri?”. Mereka menjawab ; “Tak mahu”. (Mungkin kerana di negara sendiri tidak menjanjikan pekerjaan).
Tun M menulis dalam buku kecilnya ; “DATANG KE MALAYSIA”.

Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat dengan bangganya berkata kepada Tun M ; “Washington DC adalah pusat pentadbiran tercanggih dan tercantik di dunia”.
Tun Mahathir menulis dalam bukunya ; “KEDUA TERCANGGIH DAN TERCANTIK DI DUNIA”.

Hasil daripada nota di buku kecil itu, maka terhasillah :
– KLIA (Antara Lapangan Terbang terbaik dunia)
– KLCC (Pernah menjadi bangunan tertinggi dunia)
– CYBERJAYA (Koridor Raya Multimedia, pencetus Telekomunikasi moden dan teknologi Gentian Optik)
– PUTRAJAYA (Pusat pentadbiran tercanggih dunia yang awalnya dikatakan MEMBAZIR dan sekarang ramai yang nak merebutnya).

Kredit : Tun Dr Mahathir Mohamad Loyalist

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);