browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Sejarah Nama Kuala Selangor – Siri 1

Posted by on October 28, 2013

Selalunya, semangat ingin tahu tentang sesuatu sejarah adalah berkenaan tentang NAMA. Bagaimana ia mendapat nama, kenapa dinamakan seperti itu? Persoalan seperti ini sering menjadi tanda tanya.

Sejarah negeri Selangor bermula di Kuala Selangor. Dan, bagaimana pula nama “SELANGOR” itu datang? Ada banyak versi yang menceritakan bagaimana nama Selangor itu wujud.

Salah satu versi cerita adalah daripada nama seekor serangga bernama LANGAU. Begini ceritanya.

PAHLAWAN MELAKA & SEEKOR LANGAU

Hendak dijadikan cerita, seorang pahlawan daripada Melaka (bukan Hang Tuah 5 Bersaudara) melarikan diri daripada Melaka menuju ke Utara untuk menyelamatkan diri selepas Melaka diserang oleh Portugis.

Setelah jauh melarikan diri untuk ke bahagian Utara, pahlawan itu berhenti berehat di sebuah kawasan kuala sungai. Bersandarlah pahlawan itu di sebatang pokok untuk berehat, tiba-tiba datang seekor langau (spesis lalat tetapi lebih besar) hinggap di hidung si pahlawan. Akibat tidak selesa, pahlawan cuba menghalau seekor langau tadi tetapi tidak berjaya kerana sudah menjadi resmi langau, dihalau-dihalau akhirnya datang menghinggap semula.

Pahlawan itu berkata di dalam hati ; “Jika langau ini datang lagi menghinggap di hidungku, nescaya akan aku tamparnya sekuat hati!”.

Ditakdirkan seekor langau itu terus hinggap di hidung Pahlawan. Dengan tidak menunggu lama, si pahlawan menepuk hidungnya sekuat hati dengan harapan sang langau mati terpenyek! Sayang seribu kali sayang, langau seperti kita tahu sangat cepat pergerakannya dan terus berlalu pergi tetapi si pahlawan pula menahan sakit.

Kuat sangat tamparannya, tersakit pula diri sendiri. Mangsa yang dituju, terbang begitu sahaja ibarat mengejek.

Pahlawan mula sedar, sepanjang hidupnya beliau tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana pendekar sekalipun. Tetapi pada hari itu, beliau dapat dikalahkan dengan seekor langau yang kecil itu.

Disebabkan kisah itu, si pahlawan mengambil keputusan untuk terus menetap di kuala sungai itu. Berpandukan nama seekor langau dan kepelatan manusia menyebutnya, SELANGAU akhirnya bertukar menjadi SELANGOR. Atas sifat kawasan itu di bahagian kuala sungai, dinamakan kuala itu dengan nama KUALA SELANGOR.

Sumber : Sejarah Kuala Selangor, Dato’ Dr. Hj. Yusoff Bin Hassan. (Diolah semula oleh penulis, JR)

IKTIBAR : Cerita di atas ada persamaan penceritaan sejarah negeri Melaka di mana Raja Parameswara melihat anjing peliharaan baginda ditendang oleh seekor kancil. Sudah menjadi amalan orang-orang dulu untuk menamakan sesebuah tempat disebabkan perkara menarik yang berlaku di satu-satu kawasan itu.

Zaman sekarang mungkin sudah berlainan, sekarang kita banyak menamakan sesuatu tempat dengan perkataan moden seperti Putrajaya, Cyberjaya, Aman Jaya, Nusajaya dan Bestari Jaya. Jarang untuk kita namakan tempat di zaman sekarang dengan nama, pokok Meranti.

(Kisah sejarah Kuala Selangor ada beberapa versi lagi, tunggu untuk siri seterusnya..)

SIRI 2 : http://jamalrafaie.com/2013/10/sejarah-nama-kuala-selangor-siri-2/

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 29 Oktober 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Sejarah Nama Kuala Selangor – Siri 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);