browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Sejarah Nama Kuala “Selangor” – Siri 2

Posted by on October 29, 2013

Dalam siri sebelum ini, kita sudah tahu bahawa salah satu versi yang mengatakan asal usul nama SELANGOR adalah berasal daripada nama seekor Langau. Selangau jadi Selangor.

VERSI SALANG JEMUR

Ada juga versi lain yang diceritakan oleh Encik Hassan Bin Saad (berumur 80 tahun semasa tahun 1996 yang tinggal di Kg. Assam Jawa). Ujar beliau nama asal Selangor adalah berasal daripada perkataan SALANG dan JEMUR.

SALANG adalah sejenis hukuman bunuh yang ditikam dengan keris di bahagian rusuk sementara tangan terdepang dan diikat.

Selepas hukuman SALANG itu dilakukan, orang yang dibunuh itu akan diJEMUR.

Menurut ceritanya, peristiwa ini berpandukan dengan suatu tempat di pinggir sungai yang dijadikan tempat menghukum penderhaka oleh penguasa dengan hukuman SALANG dan JEMUR tadi.

Maka hukuman yang bernama SALANG JEMUR akhirnya bertukar menjadi SELANGOR.

Diolah dari sumber : Sejarah Kuala Selangor (Dato’ Dr. Yusoff Hassan)

*Gambar yang digunakan hanya sekadar gambar hiasan sahaja, bukan kaedah Salang Jemur sebenar.

SIRI 1 : http://jamalrafaie.com/2013/10/sejarah-nama-kuala-selangor-siri-1/

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 29 Oktober 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Sejarah Nama Kuala “Selangor” – Siri 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);