browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Sejarah Nama Kuala “Selangor” – Siri 3

Posted by on October 29, 2013

KISAH POHON MENTANGAU

Versi yang paling kuat tentang sejarah asal usul Kuala Selangor adalah berkenaan tentang pohon Mentangau. Kisahnya begini.

Di kuala sungai mempunyai banyak pokok mentangau, sejenis kayu laut yang banyak tumbuh di pinggir sungai. Ada yang mengatakan bahawa pokok Mentangau ini adalah seperti pokok Bakau. Ada juga pendapat daripada (Allahyarham) Datuk Hj. Ibrahim Bin Datuk Ismail, Penggawa Paduka Mahabijaya Permatang (berumur 60 sekitar tahun 1996) yang mengatakan bahawa Pokok Mentangau adalah kayu tinggi yang boleh dilihat daripada laut sehingga ada pedagang yang mengatakan ; “Aku nak singgah di kuala sungai Mentangau”.

Diceritakan, suatu hari sebuah bahtera daripada Kedah hendak mudik di kuala sungai (Selangor) kerana nakhodanya hendak menjadi Penghulu di kawasan itu.

Sebelum sampai di kuala sungai itu, bahtera dari Kedah tiba-tiba tersekat. Nakhoda menyuruh anak kapalnya melihat di bawah bahtera apa yang menyekat bahtera mereka. Apabila disiasat, penduduk tempatan menyusun kayu-kayu pokok Mentangau yang runcing disusun berselang seli di tengah sungai untuk menghalang bahtera Kedah daripada mendarat.

Makna kata, penduduk tempatan tidak merestui orang Kedah untuk menjadi Penghulu di kuala sungai mentangau.

Ada sebuah cerita lagi yang mengatakan suatu hari datang seorang panglima diraja yang tidak tahu asal usulnya berlabuh di kuala sungai bersama keluarganya. Mereka tidak dapat meneruskan perjalanan kerana kira-kira 2 batu daripada kuala sungai tersebut terdapat pusaran air dan apabila disiasat terdapat tunggul kayu Mentangau yang besar di tengah-tengah sungai.

Panglima diraja dan keluarganya mengambil keputusan untuk terus tinggal di kuala sungai itu.
Lama kelamaan, anak perempuan Panglima Diraja sudah beranjak menjadi anak gadis. Maka, ramailah daripada jejaka-jejaka di kampung itu datang untuk meminang.

Akibat terlalu ramai yang datang meminang dan tidak mahu berlaku pertelingkahan, Panglima Diraja tadi mengatakan satu rapat umum dan berkata ; “Barangsiapa yang dapat memberi hadiah pinangan seluas tunggul kayu Mentangau di tengah sungai, dialah bakal menantuku”.

Daripada ramai jejaka yang berminat tadi, terdapat seorang yang berjaya membawa 44 dulang hantaran yang memenuhi tunggul kayu itu tadi dan beliaulah yang menjadi menantu si Panglima Diraja.

Semenjak daripada itu, barangsiapa yang mahu meminang anak gadis Selangor perlu memberi 44 dulang sebagai emas kuning atau $44.00.

Sehingga kini, terdapat sebuah pusara lama di kawasan itu. Penduduk Kampung Kuantan, Kg. Tanjung Siam baru dan Kampung Asahan mengatakan pusara itu pusara keramat. Diagaknya itulah pusara Panglima Diraja tadi. Walallahua’lam.

Dari cerita itulah datangnya nama kuala sungai Mentangau dan akhirnya menjadi Sungai Selangor. Saya pun masih tertanya-tanya macam mana kepelatan menyebut Mentangau menjadi Selangor?

Diolah daripada buku Sejarah Kuala Selangor (Dato’ Dr. Yusoff Hassan)

KOLEKSI SIRI SEJARAH NAMA KUALA “SELANGOR” :

SIRI 1 : http://jamalrafaie.com/2013/10/sejarah-nama-kuala-selangor-siri-1/

SIRI 2 : http://jamalrafaie.com/2013/10/sejarah-nama-kuala-selangor-siri-2/

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 29 Oktober 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Sejarah Nama Kuala “Selangor” – Siri 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);