browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Pro Kontra Cuti Hari Jumaat

Posted by on November 23, 2013

Ada orang setuju cuti pada hari Jumaat. Ada juga yang tak setuju. Apa yang perlu kita tahu, agama kita tidak mewajibkan hari Jumaat wajib bercuti. Memuliakan hari Jumaat (saiyidul ayyam) tidak semestinya dengan bercuti.

Kalau mengikut sejarah, negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari cuti kerana British memberi cuti pada hari Ahad bagi memudahkan penganut Kristian untuk ke gereja pada hari Ahad. Sultan-sultan (Negeri Melayu Tidak Bersekutu) kita dahulu tidak mahu sama dengan Kristian lantas memberi cuti pada hari Jumaat sebagai hari kebesaran Islam. Johor dan Perlis juga pada asalnya cuti pada hari Jumaat.

Kini, kebanyakan masyarakat tidak menganggap cuti Jumaat atau Ahad sebagai “Hari Agama”. Jika bekerja pada hari Jumaat, majikan wajib memberikan masa rehat tengah hari kepada pekerja-pekerja Islam untuk menunaikan Solat Jumaat. Jika majikan tidak bagi rehat, mereka boleh dikenakan tindakan.

Cuti pada hari Ahad tidaklah dianggap sebagai hari Kristian kerana banyak aktiviti bebas dan masa yang bermanfaat dapat digunakan bersama keluarga. Bagi kita yang beragama Islam, kita tidak ada kena mengena dengan gereja. Hari Ahad memberi banyak masa untuk membeli-belah, bersiar-siar, mengadakan kenduri kahwin, menghadiri kursus, pulang ke kampung dan sebagainya.

Dari segi ekonomi pula, kebanyakkan negara  (juga negeri) cuti pada hari Ahad dan bekerja pada hari Jumaat. Perhubungan dan urusniaga dengan negara luar sukar dilakukan. Hari kerja yang sama dengan mereka adalah Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Jumaat mereka kerja kita cuti, Ahad mereka cuti kita kerja. Sabtu dua-dua cuti. Kita hanya ada 4 hari sahaja dalam seminggu untuk berurus niaga berbanding 5 hari sebelum ini.

Saya lebih suka cuti pada hari Ahad kerana kita dapat menyusun aktiviti tanpa melanggar waktu solat Jumaat. Saya selalu terlibat dengan karnival dan ekspo pada hujung minggu Sabtu dan Ahad. Apabila masuk waktu solat, kita boleh solat di surau yang disediakan di tapak pameran berbanding solat Jumaat yang perlu dibuat di masjid/surau yang perlu mendapat tauliah pihak berkuasa.

Pendapat yang mengatakan cuti hari Jumaat dapat memberi masa untuk persediaan solat Jumaat, saya tidak setuju 100% walaupun ada baiknya. Ianya bergantung kepada individu dan bukan salahkan kerja. Saya pernah solat Jumaat di Kelantan, habis salam ada juga yang bergegas keluar, padahal mereka cuti hari Jumaat.

Cuma kalau boleh masa rehat itu diawalkan lagi daripada 12.30 kepada 12.00 tengahari bagi membolehkan pekerja lelaki menikmati makan tengahari dengan aman dan tidak tergesa-gesa khususnya apabila Zohor masuk awal. Khutbah pula jangan terlalu berjela-jela panjangnya, pendekkan khutbah panjangkan solat. Kadang-kadang, sudah pukul 2 petang pun khutbah tak habis akibat teks terlalu panjang dan lambatnya khatib membaca teks.

Namun, tidaklah saya membangkang cuti pada hari Jumaat. Ianya terpulang kepada kerajaan untuk menetapkannya. Dan jangan pula kita mengejek-ejek atau memperlekeh negeri lain yang tidak sama cutinya. Kita harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.

Yang penting, tingkatkan amalan sunat pada hari Jumaat sebagai tanda kebesaran hari yang mulia itu. Seperti saya katakan tadi, membesarkan hari Jumaat bukan semestinya bercuti, tidur dan apabila terbangun sudah pukul 3.00 petang!!

MENJUNJUNG TITAH TUANKU SULTAN JOHOR MEMPERKENANKAN CUTI JUMAAT BAGI NEGERI JOHOR

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 23 November 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);