• Bicara Siasah,  KEMBARA,  Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN,  Tongkat Bangsaku

    Azam Baru Ikan Pekasam

    Saya baru balik daripada Alor Setar. Ada kawan saya pesan supaya jangan lupa membeli ikan pekasam di Pekan Rabu. Memang banyak ikan pekasam di sana dan kata orang, lagi lama ikan pekasam direndam, lebih sedap! Saya kurang makan ikan pekasam, jadi saya tidak membelinya. Menu tambahan orang melayu ialah ikan pekasam, budu, belacan, cencalok dibuat daripada hasil laut yang diperam. Walaupun orang kata bau makanan itu kurang enak tetapi ianya membuatkan kita lebih berselera untuk makan! Benar juga, kalau tak dapat belacan memang tak sedap. Orang Kelantan, kalau tak ada budu dalam nasi kerabu memang tak dipanggil nasi kerabu. Itulah budaya orang kita, lebih lama lebih sedap! Cerita pasal azam…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Tongkat Bangsaku

    Golongan Kiri & Golongan Kanan Menentang Kerajaan

    Dalam sejarah negara menentang Malayan Union, kita tahu bahawa ada dua golongan yang dikenali sebagai golongan BERHALUAN KIRI dan golongan BERHALUAN KANAN. Contoh golongan berhaluan kiri adalah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Parti Komunis Malaya (PKM) dengan tokohnya seperti Allahyarham Ahmad Boestamam. Golongan berhaluan kiri selalunya bersifat radikal. Manakala golongan berhaluan kanan pula terdiri daripada persatuan-persatuan yang mengumpulkan pemikir dan kumpulan persuratan. Gerak kerja mereka selalunya diplomatik dan aman. Contohnya Persatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Singapura dan banyak lagi persatuan lain sehingga terwujudnya parti PERKEMBAR atau United Malay National Organisation (UMNO) pada 11 Mei 1946. Kedua-dua golongan ini mempunyai tujuan yang sama iaitu membebaskan negara daripada cengkaman…

  • Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Perspektif

    Tun M : Kos Kerajaan

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah penasihat terbaik negara, tidak perlu kerajaan bayar konsultan berbillion ringgit yang tak pernah sertai politik. Mereka itu tiada political mileage dan hanya tahu bagaimana untuk mendapat duit yang banyak untuk menampung kenaikan kos yang kerajaan tanggung. Kita harus ingat, kerajaan berurusan dengan rakyat bukan berurusan dengan pelanggan. Kocek kena jaga sebab undi lebih penting daripada puji-pujian) KOS KERAJAAN 1. Kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa wang. Kerajaan perlu bayar ramai orang yang bekerja untuk kerajaan. Kerajaan juga membekalkan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang kerajaan turut bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu kerajaan berperanan mempertahankan negara…

  • Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Perspektif,  Tongkat Bangsaku

    Flashmob, Malas & Sara Hidup

    Saya sebenarnya meluat dengan flashmob. Kata “rakyat membantah”, tapi bila tengok muka. Emmm.. Orang yang sama juga, parti yang sama juga. Orang seperti ini memang sentiasa tak berpuas hati. “Orang naik kape terebang, awok dalam selimut”. Kita ini terlalu manja, tidak seperti Jepun. Di Jepun apabila rakyatnya rasa tertekan dengan kos sara hidup, mereka akan MENAIKAN daya usaha mereka. Para pekerja semakin kuat bekerja, daya kreativiti semakin tinggi. Lepas produktiviti dan untung syarikat naik, lepas tu barulah mereka buat flashmob suruh naikan gaji. Bayangkan kalau orang Jepun pemalas, mungkin Hiroshima Nagasaki masih belum dimajukan lagi! Kita di Malaysia ni pemalas. Semua nak hidup dalam keadaan selesa dan sama sepanjang waktu,…

  • Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    Malaysia Yang Dulu Tidak Seperti Sekarang

    1. Tahun 1884, Kuala Lumpur ketika itu adalah hanya sebuah perkampungan. Mungkinkah penduduk Kuala Lumpur ketika itu dapat membayangkan apa yang akan berlaku pada 100 tahun akan datang di atas tapak rumah mereka? 2. Kira-kira 100 tahun selepas itu, seorang pemimpin hebat bernama Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kuala Lumpur, dahulunya sebuah perkampungan kini menjadi sebuah pusat bandaraya yang dikenali dunia. 3. Saya lahir pada tahun 1989. Membesar dalam era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membawa Malaysia ke gerbang jaya selama 22 tahun. Ini bermakna, sepanjang pentadbiran Tun Mahathir, sebuah generasi telah dilahirkan. 4. Secara jujurnya, saya amat rindu dengan era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah

    Saya Pun Bayar 20 Sen

    SAYA PUN BAYAR 20 SEN Jamal Rafaie (11 Disember 2013) Page : https://www.facebook.com/thepatriots2020 Kita jangan jadi seperti pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab. Bayar 20 sen di kaunter sebelum masuk ke dalam tandas. Masuk pula ke kamar kecil dan melepaskan hajat lalu meninggalkan hasil buangan begitu sahaja tanpa membasuhnya. Tiba-tiba ada orang tegur ; “Kenapa tak flush?”. Jawab orang itu ; “Itu bukan masalah aku,Cleaner-lah bersihkan, aku bayar 20 sen ok!” Itulah manusia yang kurang akhlaknya. Apa dia ingat dengan membayar 20 sen itu adalah untuk upah pekerja pembersihan membasuh najisnya? Ada juga orang yang bayar 20 sen, tetapi membasuh dan meninggalkan tandas yang digunakan tadi dengan begitu bersih. Oleh…

  • Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    Pilih Agama Atau Bangsa?

    Saya terbaca post seorang rakan, katanya pilih SATU antara DUA, hilang Melayu di dunia atau hilang Islam di jiwa? Allah. Bagi saya itu bukan soalan untuk kita MEMILIH, kerana kita tiada pilihan. Melayu takkan hilang di dunia, selagi mana ada orang Melayu masih beranak pinak. Kita tidak boleh hilangkan keturunan bangsa kita kerana Allah ciptakan manusia berbangsa-bangsa sebagai sebuah tanda kekuasaan Allah di muka bumi. Kalau kita nak hilangkan Melayu dalam diri kita, janganlah cakap bahasa Melayu, cakaplah bahasa Islam. Apa itu bahasa Islam? Bahasa Arab? Bahasa Arab pun adalah bahasa kepada manusia berbangsa Arab. Jadi, mengapa perlu hilangkan bangsa? Lebih baik soalannya, mana yang anda pilih, kekalkan Islam di…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah

    Apabila Semua NAIK.. Sebuah Pendapat

    1. Berkenaan isu kenaikan harga tarif elektrik, saya mendapat satu pengajaran. 2. Ramai pihak tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan kurang populis kerajaan dengan menaikkan harga/tarif kemudahan asas. Bagi pembangkang pula, mereka akan menggunakan isu ini untuk mendapatkan laba politik daripada rakyat. Contoh dengan mengatakan; BN = Barang Naik. Memanglah, potongan subsidi menyebabkan kerajaan menjadi tidak popular. 3. Perkara ini bukan perkara baru dan rakyat pun terhasut dengan pembangkang lalu mengundi mereka dalam PRU. Maka dengan takdir Allah, pembangkang menguasai beberapa buah negeri. 4. Dengan harapan tinggi rakyat itu tadi, maka bekerjalah sebuah kerajaan baharu yang pada asalnya adalah pembangkang yang berjuang ‘demi kepentingan rakyat’. 5. Dengan takdir Tuhan, rupa-rupanya kerajaan…