browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Apabila Semua NAIK.. Sebuah Pendapat

Posted by on December 3, 2013

1. Berkenaan isu kenaikan harga tarif elektrik, saya mendapat satu pengajaran.

2. Ramai pihak tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan kurang populis kerajaan dengan menaikkan harga/tarif kemudahan asas. Bagi pembangkang pula, mereka akan menggunakan isu ini untuk mendapatkan laba politik daripada rakyat. Contoh dengan mengatakan; BN = Barang Naik. Memanglah, potongan subsidi menyebabkan kerajaan menjadi tidak popular.

3. Perkara ini bukan perkara baru dan rakyat pun terhasut dengan pembangkang lalu mengundi mereka dalam PRU. Maka dengan takdir Allah, pembangkang menguasai beberapa buah negeri.

4. Dengan harapan tinggi rakyat itu tadi, maka bekerjalah sebuah kerajaan baharu yang pada asalnya adalah pembangkang yang berjuang ‘demi kepentingan rakyat’.

5. Dengan takdir Tuhan, rupa-rupanya kerajaan baharu itu sama sahaja. Pulau Pinang turut menaikkan kadar tarif air sebanyak 100%, Kelantan juga begitu dengan menaikkan 30% tarif air. Di Selangor premium tanah juga dinaikkan sehingga tanah orang Melayu yang tidak mampu menebus semula tanah mereka dengan harga premium, terlepas ke tangan orang lain. Itu belum lagi cerita cukai taksiran naik dan gaji pembesar melambung tinggi. Senang cerita, TIDAK ADA YANG TURUN daripada mana-mana kerajaan baik Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.

6. Apabila sudah menjadi kerajaan, mereka juga sama dengan kerajaan yang lama. Yang hanya menyelamatkan mereka (Pakatan Rakyat) adalah PERSEPSI rakyat terhadap mereka. Saya tidak pasti sehingga bila ‘persepsi baik’ itu akan terpalit dengan pembangkang (kerajaan negeri), lama kelamaan rakyat akan perasan juga.

7. Iktibar yang kita dapat, siapa-siapa pun yang menjadi kerajaan, mereka akan membuat perkara yang sama. Mula-mula mahu populis, lama kelamaan terdesak juga menanggung rakyat lantas menaikkan juga apa yang tidak terdaya.

8. Ke mana lagi rakyat mahu bergantung harap? BN dan PR sama sahaja. Kerana itulah kita harus bergantung kepada Allah. Manusia memang tidak boleh diharap dan manusia tiada kuasa mengawal segala-galanya. Berdoa dan berusahalah untuk Allah memberkati rezeki kita agar sentiasa cukup. Allah-lah yang mencukupkan makan pakai kita. Apa perlu takut dan marah?

9. Kepada pentaksub pembangkang, ingatlah pesan Abraham Lincoln kepada isterinya yang marah terhadap orang-orang Selatan Amerika ; “Janganlah kamu marah, kerana kita akan melakukan perkara yang SAMA jika kita berada dalam situasi mereka”.

10. Kepada kerajaan, saya faham tanggungan kerajaan menanggung rakyat dengan subsidi yang tinggi. Belajarlah mengurus emosi rakyat dan kreatiflah dalam menyusun subsidi. JANGAN SELALU PUKUL RATA. BUKAN SEMUA KAYA BUKAN SEMUA MISKIN.

11. Maaf, jika saya menulis apa yang anda tidak suka. Saya pun tak suka juga. Saya fikir doa rakyat Malaysia sudah termakbul sebab selalu doa; “Barang naik! Barang naik!”.

Entahlah.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 3 Disember 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

5 Responses to Apabila Semua NAIK.. Sebuah Pendapat

  1. Suzlin

    xpe bang. kita back to nature je lah. elektrik mahal, pakai lilin. jimat-jimat semua.
    Suzlin´s last blog post ..Clinicell Oral Skincare

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    X pe la kalau nak guna lilin, orang lain akan guna elektrik juga walaupun harga naik. Silakan, dialu-alukan.. hihi.. Jangan marah.

    [Reply]

  2. Ummu Nourah

    rasanya mmg semua manusia mcm tu. bila dah dpt pangkat yg diinginkan, rasanya pembangkang juga akan buat perkara yg sama…
    Ummu Nourah´s last blog post ..My Nourah Sumayyah

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Betul. Kalau pembangkang tak gila2 ‘pertahan rakyat’, macam mana nak menang betul tak?

    Pejuang rakyat kononnya pembangkang, bila dia dapat jd kerajaan pun nak kaut semua..

    [Reply]

  3. zaki

    Saya sebenarnya sama sependapat dgn kamu. Rakyat Malaysia banyak juga yang berfikir mengikut persepsi tanpa membuat kajian yg sebenar.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);