browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Flashmob, Malas & Sara Hidup

Posted by on December 23, 2013

Saya sebenarnya meluat dengan flashmob. Kata “rakyat membantah”, tapi bila tengok muka. Emmm.. Orang yang sama juga, parti yang sama juga. Orang seperti ini memang sentiasa tak berpuas hati. “Orang naik kape terebang, awok dalam selimut”.

Kita ini terlalu manja, tidak seperti Jepun. Di Jepun apabila rakyatnya rasa tertekan dengan kos sara hidup, mereka akan MENAIKAN daya usaha mereka. Para pekerja semakin kuat bekerja, daya kreativiti semakin tinggi. Lepas produktiviti dan untung syarikat naik, lepas tu barulah mereka buat flashmob suruh naikan gaji. Bayangkan kalau orang Jepun pemalas, mungkin Hiroshima Nagasaki masih belum dimajukan lagi!

Kita di Malaysia ni pemalas. Semua nak hidup dalam keadaan selesa dan sama sepanjang waktu, tak nak berubah. Kerja malas tapi gaji nak naik, nak ikut peredaran kos sara hidup katanya. Negara kita baru diuji dengan banjir, sudah berlagak demand tak nak terima bantuan. RM500 apa barang katanya.

Kenaikan sara hidup ini bukan hanya di Malaysia sahaja walhal berlaku di seluruh dunia. Tapi apa yang kita buat untuk menangani masalah sara hidup ini?

Jawapannya : DEMO, BANTAH, BUAT SEPANDUK. Parti pembangkang pula cucuk jarum dan janji macam-macam. Macam manalah negara kita nak maju kalau semua nak bagi percuma. Kenapalah fikiran kita dangkal sangat nak sokong pembangkang sedangkan mereka pun tak mampu buat apa yang mereka cakapkan. Ambil kesempatan sahaja sebenarnya.

Mengajar rakyat ‘menuntut hak’ akan memakan diri sendiri. “Kalau parti ini tak bagi, parti itu boleh bagi”. Akhirnya, rakyat akan terus bergantung kepada kerajaan sehingga nak tukar atap zink sekeping pun minta dekat Wakil Rakyat. Sanggup ugut tukar parti kalau atap zink tak diganti, semurah itukah prinsipnya?

Apabila dah jadi macam ni. Semua parti mesti akan nak buat dasar populis. Iyalah, kalau tak bagi nanti hilang undi. Hasilnya, negara tidak produktif kerana wang banyak keluar untuk belanja hangus seperti subsidi yang tidak membawa pulangan balik kepada kerajaan. Hebat perancangan Yahudi melalui NED, mempromosi demokrasi dan kebebasan bersuara untuk hancurkan sebuah negara.

Ingatlah. Pakatan Rakyat di Selangor melalui YB Teng Chang Kim (DAP) dah sebut Kerajaan Selangor sudah perlu JANGAN POPULIS. Jangan bagi ikan pada rakyat, bagilah pancing.

Mungkin beliau baru sedar bahawa beli ikan lebih mahal dari beli pancing.

Bak kata Tun Mahathir dalam bukunya, Doktor Umum, muka surat 323 ;

“JANGAN HARAP MENDAPAT SEMUA YANG KAMU ANGGAP SEBAGAI HAK KAMU. SEBALIKNYA KAMU MESTILAH BERSEDIA MELEPASKAN SESUATU SUPAYA ORANG LAIN JUGA SEDIA BERKORBAN”.

Fikir-fikirkan.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 23 Disember 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);