browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Golongan Kiri & Golongan Kanan Menentang Kerajaan

Posted by on December 27, 2013

Dalam sejarah negara menentang Malayan Union, kita tahu bahawa ada dua golongan yang dikenali sebagai golongan BERHALUAN KIRI dan golongan BERHALUAN KANAN.

Contoh golongan berhaluan kiri adalah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Parti Komunis Malaya (PKM) dengan tokohnya seperti Allahyarham Ahmad Boestamam. Golongan berhaluan kiri selalunya bersifat radikal.

Manakala golongan berhaluan kanan pula terdiri daripada persatuan-persatuan yang mengumpulkan pemikir dan kumpulan persuratan. Gerak kerja mereka selalunya diplomatik dan aman. Contohnya Persatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Singapura dan banyak lagi persatuan lain sehingga terwujudnya parti PERKEMBAR atau United Malay National Organisation (UMNO) pada 11 Mei 1946.

Kedua-dua golongan ini mempunyai tujuan yang sama iaitu membebaskan negara daripada cengkaman penjajah British dari Malayan Union. Cuma cara dan pemikiran berbeza tetapi tujuan mereka adalah sama.

Selalunya golongan berhaluan KANAN akan berjaya dalam perjuangan. Manakala golongan berhaluan kiri akan berakhir dengan tangisan, kebencian dan diperangi pemerintah. Buktinya, UMNO dan parti Perikatan berjaya ‘menghalau’ British dengan cara diplomatik dan tiada pertumpahan darah. Jika pun kumpulan radikal menang, kebanyakkan mereka akan jatuh dengan cara yang radikal juga. Nama golongan berhaluan kiri di zaman pra-merdeka, lenyap begitu sahaja dalam lipatan sejarah.

PEPERANGAN RAKYAT MEMERANGI KELEMAHAN KERAJAAN

Tidak ada satu kerajaan pun di dunia yang sengaja membuat sesuatu dasar yang merugikan mereka dari segi sokongan politik. Kerajaan bertanggungjawab menjaga negara, oleh itu keputusan yang betul dan tepat perlu dibuat. Keputusan yang BETUL dan TEPAT tidak semestinya POPULAR.

Saya berpendapat apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah satu tindakan yang betul bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh. Dan tindakan menarik semula pemberian subsidi adalah betul tetapi TIDAK POPULAR. CUMA kerajaan mungkin tersilap dalam cara pelaksanaan dasar yang terlalu drastik sehingga menyebabkan ramai pihak gelisah dan marah.

Dalam konteks isu KENAIKAN HARGA yang melanda negara, kita dapat memerhatikan bahawa banyak golongan termasuk penyokong kerajaan turut membantah tentang apa yang kerajaan sudah lakukan. Pihak pembangkang tak usah cerita, mereka kebanyakannya banyak ‘Menangguk di air yang keruh’ untuk mendapat laba politik.

Sebagai rakyat Malaysia dan pengundi, kita seharusnya menegur kerajaan jika ada kelemahan walaupun kita adalah penyokong kuat kerajaan. Dan sekarang, rakyat mahu bersuara dan timbul semula KUMPULAN BERHALUAN KANAN dan KUMPULAN BERHALUAN KIRI.

Kumpulan berhaluan kiri (pembangkang) gemar menggunakan tindakan radikal. Seperti yang kita tahu pembangkang mahu mengajak rakyat untuk turun berdemontrasi dengan alasan “Memperjuangkan Suara Rakyat Berkenaan Isu Sara Hidup Yang Tinggi”.

Kumpulan berhaluan kanan (kerajaan) yang terdiri daripada ahli parlimen penyokong kerajaan, ahli parti kerajaan, NGO, orang perseorang, pemikir termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendesak kerajaan agar lebih bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

Kita tidak pasti pihak KANAN atau pihak KIRI yang akan menang dalam pertempuran ini. Dan jika kita lihat teori awal penentangan Malayan Union, golongan Kanan yang akan menang. Semuanya berdasarkan strategi dan diplomasi yang akan dibuat. Golongan kanan mempunyai akses yang kuat untuk mengubah keputusan kerajaan kerana pastinya kerajaan tidak mahu kehilangan sokongan daripada penyokong parti sendiri. Orang pembangkang harus dibiarkan kerana orang pembangkang akan terus membangkang. Pembangkang hanya tahu berdemo.

Seperti kata-kata Tun Mahathir dalam artikelnya bertajuk KOS KERAJAAN : “Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan hingga membebankan kos sara hidup rakyat dan peniaga. Kerajaan perlu menyemak semula kadar cukai yang diperkenalkan. Tindakan ini tidak akan terlalu menjejaskan kerajaan, dan pada masa sama kerajaan dapat memberi keyakinan kepada rakyat. Rakyat mungkin akan hargai jasa kerajaan itu di pilihan raya akan datang.”

Jika kerajaan mampu mengatasi masalah ini, tiada masalah rakyat akan terus menyokong Barisan Nasional.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 23 Disember 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Golongan Kiri & Golongan Kanan Menentang Kerajaan

  1. Din

    gambar perempuan2 pegang senapang tu ‘home guard’ yg penjajah British latih untuk lawan komunis kan?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);