browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

BIBLE SABAH SARAWAK?

Posted by on January 14, 2014

1. Ramai yang mempersoalkan kenapa Bible Bahasa Melayu boleh digunakan di Sabah dan Sarawak, dan apa masalahnya jika digunakan di semenanjung Malaysia?

2. Saya tidak pasti sama ada Bible Bahasa Melayu itu benar-benar berbahasa Melayu ataupun ianya berbahasa Indonesia. Di Sabah dan Sarawak suku kaum Melayu tidak ramai. Antara yang ramai adalah kaum Iban dan dikatakan juga ada Bible ditulis dalam bahasa Iban.

3. Di Indonesia, orang Melayu (baca : rumpun Melayu) tidak semestinya beragama Islam. Apabila mengikut pengaruh budaya dan bahasa maka tidak hairanlah penggunaan nama Allah di kalangan orang Kristian di Indonesia ‘dibolehkan’ sehingga dapat ditulis di dalam kitab terjemahan Bible dalam bahasa Indonesia.

4. Orang Melayu di Malaysia bolehlah dikatakan 100% beragama Islam dan dilindungi oleh perlembangaan negara. Maka tiadalah kepentingan untuk ditulis Bible di dalam bahasa Melayu-Malaysia. Jadi, benarkah Bible bahasa Melayu diluluskan penggunaan di Sabah dan Sarawak itu benar-benar berbahasa Melayu-Malaysia?

5. Jika pun Kementerian Dalam Negeri meluluskan penerbitan Bible bahasa Melayu diedarkan di Sabah Sarawak, ianya dibuat atas dasar tidak memberi ancaman kepada umat Islam. Seperti mana yang kita tahu Sabah dan Sarawak terdapat ramai suku kaum yang tinggal di pedalaman berkemungkinan besar tidak mempunyai agama atau pagan. Penyebaran agama Kristian di kawasan tersebut tidak menjadi ancaman kepada penganut agama Islam.

6. Dalam undang-undang negara kita membenarkan agama SELAIN Islam dipraktikkan tetapi tidak boleh disebarkan kepada penganut agama Islam. Islam diberi kedudukan yang tinggi dalam negara Malaysia sebagai agama rasmi. Oleh itu, usaha untuk cubaan menyebarkan agama lain kepada penganut Islam adalah bersalahan dengan undang-undang dan boleh dibantah.

7. Orang Islam (Melayu) sepatutnya boleh mempersoalkan The Herald tentang niat menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Jesus dalam terjemahan Bible bahasa Melayu. Orang Melayu menyebut Allah kerana orang Melayu-Malaysia beragama Islam. Namun, ada perkataan lain dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan bagi menterjemahkan Jesus iaitu perkataan TUHAN. Mengapa tidak guna perkataan TUHAN dan mengapa bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah ALLAH?

8. Sungguhpun nama Allah ditulis dalam Bible bahasa Melayu, ianya tidak akan mengiktiraf Kristian sebagai agama yang diredhai oleh ALLAH YANG MAHA ESA. Dan satu perkara yang perlu kita insafi, ini adalah agenda untuk menyebarkan Kristian di kalangan orang Islam secara halus dan bukannya menunjukkan bahawa Kristian sudah mula mendapat Hidayah.

9. Agama Kristian tidak terjejas pun jika tidak menggunakan kalimah Allah. Dan jika penyebaran agama Kristian sudah sampai ke tahap ‘menyantuni’ orang-orang Islam di Sabah dan Sarawak, enakmen atau kebenaran penggunaan bible di sana perlu dikaji semula. Undang-undang boleh digubal mengikut keadaan semasa dan tidaklah selama-lamanya. Meskipun KDN memberi kebenaran di Sabah dan Sarawak, ia perlu dikaji semula.

10. Bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham di antara agama di Malaysia, pihak gereja perlu melupakan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu mereka. Isu ini isu sensitif dan tiada ruginya jika Kristian tidak menggunakan kalimah Allah. Atau mungkin ada HAL YANG TERSIRAT di sebaliknya sehingga beria-ia benar dalam isu ini.

11. BAGI KAMU AGAMA KAMU, BAGI KAMI AGAMA KAMI.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 14 Januari 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);