browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Gua Hira’ : Majoriti Tidak Selalu Betul

Posted by on January 14, 2014

Nabi bersembunyi daripada kemungkaran kaum Arab Quraisy di Gua Hira’. Ketika itu majoriti kaum Arab hidup dalam keadaan tidak bermoral. Nabi sedih dengan nasib yang menimpa kaumnya, dan Nabi tiada kuasa untuk bertindak bagi menghalang kemungkaran kaumnya kerana baginda keseorangan atau sokongan hanya minima. Bukan kerana takut.

Lantas, baginda mengasingkan diri daripada masyarakat.

Kerana itulah, majoriti tidak menunjukkan sesuatu perkara itu betul. Kerana itulah konsep demokrasi (suara majoriti) tidaklah sesempurna mana. Hari ini agama selalu sahaja dipermainkan. Semua tindakan mengikut kepartian. Orang agama sudah selalu berbicara soal perut (barang naik) daripada berbicara soal akidah.

Kerana apa? Kerana majoriti orang amat mementingkan sara hidup mereka daripada akidah, oleh sebab itu menjuarai soal sara hidup adalah tiket mendapat sokongan ramai. Jika soal tentang agama, itu dulu. Sekarang sudah jarang sekali.

Adakah ada lagi yang mengikut Nabi? Yang berpisah dari majoriti dan bermusabah diri? Menyusun strategik demi kepentingan ukhrawi?

Kerana itulah Allah menyuruh Nabi beristighfar dan bertasbih ketika ramai kaum Quraisy berbaiah kepadanya dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah, berbondong-bondong orang memeluk Islam. Bukan untuk bermegah-megah tetapi meratib kehebatan Yang Maha Berkuasa.

Hari ini kita menang, Booo sana, Boooo sini. Ejekan caci memaki. Tidak kiralah serban sebesar mana sekalipun. Jauh sungguh kita dengan cara Nabi Muhammad Sholallahu A’laihi Wasallam.

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)”

“Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, “

“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”

Surah An-Nasr (1-3)

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 14 Januari 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);