browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Hutan, Kertas & Nilai Sentimental

Posted by on January 2, 2014

1. Saya sempat menonton National Geographic berkenaan kemusnahan hutan, katanya sebanyak 28 ekar hutan ditebang setiap hari di seluruh dunia. Makna kata, jika perkara ini berterusan, hutan yang musnah, sebesar negara Greece setiap tahun.

2. Kemusnahan hutan disebabkan DUIT dan KEPERLUAN. Jika hutan tidak ditebang, sukar untuk kita mendapat bekalan kayu untuk sektor pembinaan, pembuatan kertas yang digunakan sehari-harian dan macam-macam lagi keperluan. Kawasan-kawasan penempatan yang baharu perlu dibuka untuk menampung keperluan perumahan manusia yang semakin bertambah, oleh itu hutan perlu ditebang.

3. Salah satu cara untuk kita menyumbang kepada PENGURANGAN penebangan hutan adalah meminimumkan penggunaan kertas. Penggunaan kertas dilihat masih tinggi terutamanya di pejabat-pejabat, surat khabar dan bahan bacaan.

4. Kewujudan teknologi seperti E-mail dan E-Book dapat menjimatkan kertas. Oleh itu kita perlu sedikit demi sedikit menggunakan medium moden ini untuk penjimatan dan pemeliharaan alam sekitar.

5. Mungkin juga satu hari nanti semua urusan kita menggunakan emel dan semua novel di kedai buku akan dijual secara E-Book, hanya pilih.. bayar.. dan download.

6. Namun begitu, penggunaan kertas mendatangkan nilai SENTIMENTAL. Saya juga lebih suka membaca surat khabar daripada membaca surat khabar secara Online.

7. Kita harus bijak untuk tidak membazir sehingga merosakan alam sekitar. Walaupun ramai orang lain yang boros, sekurang-kurangnya diri kita sendiri menyumbang kepada kesejahteraan dunia melalui penjagaan alam sekitar dengan berjimat cermat menggunakan kertas.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2 Januari 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Hutan, Kertas & Nilai Sentimental

  1. Nadhira

    Kalau boleh, setiap kali tebang satu pokok, gantilah dgn tanam pokok baru yg lain. Especially kalau tebang pokok utk buat kertas. Sbb kalau tebang pokok utk buat kawasan perumahan, mungkin boleh tanam pokok2 hiasan yg kecik2 je… tp apa pun, ganti lah pokok yg ditebang dgn menanam pokok yg lain…
    Nadhira´s last blog post ..Bye 2013 and Hello 2014

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);