browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Budak Melayu Pergi Kuil

Posted by on February 16, 2014

perpaduan

Saya dah beberapa kali menghadiri makan malam yang dianjurkan organisasi Cina. Setiap kali makan malam tersebut, kami (tetamu Melayu) diberikan satu meja khas yang dijamu dengan KFC.

Mereka juga tahu budaya dan tuntutan agama orang-orang Melayu (makanan) yang dikhuatiri tidak halal buat orang Islam. Maka mereka menghormati kerana tahu tentang halal haram makanan dalam Islam.

Kerana itulah kita perlu meraikan (hormat) rakan-rakan kita dari bangsa dan agama yang berlainan kerana dengan mengetahui budaya masing-masing, kita boleh berhati-hati untuk tidak mengguris hati dan hidup dalam keadaan harmoni.

BUDAK MELAYU TIDUR DI KUIL

Zaman dulu-dulu budak Melayu pergi ke Kuil dan membantu rakan-rakan India memasang khemah untuk program jamuan makan. Perayaan Thaipusam sangat dinanti-nanti oleh mereka. Inilah yang diceritakan kepada saya oleh ‘orang lama’ di tempat saya.

Bukannya budak-budak Melayu ini turut sama sembahyang menyembah dewa agama Hindu tetapi ada perkara lain yang ditunggu-tunggu. Zaman itu zaman tidak banyak hiburan, televisyen di rumah pun tak ramai yang ada. Memandangkan hanya pada musim perayaan Thaipusam sahaja, pihak kuil akan memasang Wayang Pacak filem-filem Hindustan bagi menghiburkan pengunjung-pengunjung, orang-orang kampung tak kira bangsa turun beramai-ramai untuk menonton wayang!

Diceritakan juga pada setiap malam, 2 atau 3 filem dipasang sehingga subuh sehinggakan ramai orang termasuk budak Melayu membawa tikar untuk berbaring dan tidur di perkarangan kuil.

Mungkin bunyinya agak tidak sedap didengar, bagaimana penganut Islam boleh tidur di perkarangan kuil pulak kan? Namun itulah hakikatnya zaman dulu-dulu, perhubungan antara kaum begitu akrab dan hidup secara harmoni. Tidak pula budak-budak Melayu itu terpengaruh dan menukar agama kepada agama Hindu malah ada yang telah berjaya dalam kerjaya dan ada yang menjadi Ustaz!

Apabila tiba perayaan orang Islam pula, budak-budak India yang tinggal di ladang-ladang pula datang ke masjid membantu menaikkan khemah. Zaman itu zaman tak ada perkhidmatan sewaan kanopi, semuanya dibuat sendiri. Budak-budak India itu juga makan bersama-sama budak Melayu yang disediakan oleh pihak masjid selepas gotong-royong mendirikan khemah selesai.

Pernah tengok wayang Cina? Budak-budak Melayu dan India tadi apabila ada pertunjukan wayang Cina, merekalah yang memenuhkan ruang tontonan.

Hasilnya, ‘orang lama’ itu saling bersahabat sehingga sekarang. Pengalaman saya sendiri mengikut bapak ke warung-warung tepi jalan pasti ada rakan-rakan dari kaum India dan Cina bertemu sapa dengannya. Sempat pula mereka berbisik kepada saya ; “You punya appa dulu main bola sama Uncle. Tengok MGR (hero filem Tamil) pun sama-sama. Sampai sekarang masih kawan”. (Sambil menunjukkan jari kamcing).

————————————————-

Tidak tahu mengapa zaman sekarang hubungan antara kaum tidak semesra dulu. Sedangkan masing-masing boleh ke rumah ibadat agama lain tetapi agama sendiri tidak pula terasa tergugat.

Mungkin ada pihak Tangan Ghaib yang sengaja membakar api agar setiap kaum berasa tidak selesa/tercabar dan akhirnya keharmonian kaum di Malaysia mula goyang dan berpecah.

Apabila berpecah, jarum-jarum The Hidden Hand mula menusuk dan lihatlah akibatnya!

Wallahua’alam.

(Kisah ini diceritakan oleh orang-orang lama di Kuala Selangor yang tinggal di kampung atau ladang-ladang sekitar tahun 70-an & 80-an)

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 16 Februari 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Budak Melayu Pergi Kuil

  1. Mohd Hilmi

    zaman dulu memang akrab tuan. tak dapat dinafikan. tapi itu dulu…. 🙁
    Mohd Hilmi´s last blog post ..Melayu Islam & Ummah Berdagang

    [Reply]

  2. Razan

    Terharu baca artikel ne,nak dibandingkan zaman sekarang berkait je pasal warna kulit,semua melenting semua nak menang.
    Razan´s last blog post ..Contoh Resume Pegawai Penerangan

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);