Encik Om Atau Oi Oi?

Suatu petang rakan saya menghubungi penjaga balairaya di kampung melalui telefon. Orangnya dipanggil Encik Om.

“Encik Om.. Pagar Balairaya dah bukak ke?”, tanya rakan saya.

“Dah bukak dah”, jawab Encik Om.

Selesai pertanyaan, tidak berapa lama selepas itu tiba-tiba Encik Om datang ke Balairaya dengan tergesa-gesa.

Beliau lantas menongkat motorsikal dan datang bersalaman dengan semua orang yang ada di situ. Apabila sampai ke rakan saya itu, tiba-tiba :

“Kau ingat aku tak ada nama ke? Aku lagi tua daripada kau tahu!! Kenapa kau panggil aku “oi.. oi..”?”, marah Encik Om.

Kebetulan pula, rakan saya itu sedang sakit gigi, maka naiklah kemarahannya apabila kena tengking macam tu.

“Mana ada aku panggil kau Oi Oi!! Aku panggil ‘Encik Om’. Kawan-kawan aku kat sebelah ni pun dengarlah apa aku cakaplah!!”, rakan saya menengking kembali.

Kami yang ada situ mengangguk tanda setuju. Memang benar rakan kami itu panggil “Encik Om”, bukan “Oi.. Oi..” Kami semua mendengarnya.

Encik Om mula malu. Sedikit demi sedikit menapak ke motor beliau sambil berkata ; “Kau ingat aku takut ke dengan kau!! Hidup mati di tangan Tuhan la!”. Beliau start motor dan berlalu pergi.

MORAL : Banyak pertelingkahan dalam hidup kita disebabkan perkara kecil dan salah faham. Maka koreklah telinga.

Oi! Oi! Oi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *