browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Jangan Pelik Kalau Cauvinis Bersuara

Posted by on February 11, 2014

Jangan pelik kalau puak Cauvinis suka-suka persenda agama kita, pertikai bangsa kita, kutuk sana kutuk sini. Selagi ada orang kita (Melayu Islam) yang sokong mereka selagi itulah mereka akan terus bersuara. Buat apa DAP nak takut, ada orang yang akan jadi pembela mereka. Dakwah katanya.

Biarlah negara tergadai, agama dipersenda, tapi Tahaluf Siyasi tetap kena utuh. Tun M ada pesan, Pas tak berani keluar Pakatan Rakyat, sebab kalau keluar kalahlah.

Bukan mudah nak menang, kena gantung bendera, guling atas jalan raya, pakai topeng buat demonstrasi, tak kan mudah-mudah nak bercerai dengan parti kesayangan DAP kan?

Bukan nak paksa gabung dengan UMNO pun, tapi sekurang-kurangnya kenalah ada prinsip. Jangan jadi keldai tunggangan. Hebat buat kerja tapi tak berkuasa.

Apa yang paling dirisaukan dalam kepimpinan Pas sekarang tak ramai Ulama’. Ulama yang ada seorang-seorang meninggalkan kita. Jika apa-apa terjadi (nauzubillah) kepada Presiden PAS, adakah benar-benar ahli Pas nak letak tanggungjawab parti yang bernama “ISLAM” atas bahu Mat Sabu?

Kita kena terima hakikat kita nak hidup di Malaysia ni bersama kaum-kaum lain. Tapi kita nak minoriti hormat majoriti dan bukannya yang sikit berlagak lebih.

Kalau PAS dominan dalam PR, ramai yang sokong. Mungkin sebab itulah Allah SWT tak bagi lagi kemenangan kepada mereka.

Mungkin Allah ada perancangan yang lebih besar untuk bangsa Bani TAMIM (Tanah Melayu) ini.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 11 Februari 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);