browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kerajaan Turun Harga Barangan

Posted by on February 11, 2014

1. Kerajaan Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen Jimat Barang Dapur (JBD) yang melibatkan pasaraya-pasaraya besar di Malaysia seperti Tesco, Giant, Aeon, Econsave dan lain-lain lagi.

2. Hasil daripada Makmal yang diwujudkan oleh kerajaan bagi mengkaji punca dan penyelesaian isu sara hidup itu mendapati punca utama harga barang naik adalah disebabkan permainan harga oleh ORANG TENGAH.

3. Kita tak boleh menyalahkan sepenuhnya peniaga di Kedai Runcit kerana mereka mendapat bekalan daripada pemborong (Orang Tengah) dengan harga tinggi, bagaimana mereka mahu menjual dengan harga rendah?

4. ORANG TENGAH mengambil kesempatan menggunakan alasan ‘barang naik’ untuk mengaut keuntungan lebih. Contohnya hasil tanaman, harga bekalan di kebun masih sama harga dengan dulu (contoh : 50 sen) tetapi permainan Orang Tengah telah menaikkan sehingga RM1.50 berbanding RM1.00 sebelum ini. Peniaga pula nak jual berapa? Kalau dulu peniaga jual dengan harga RM1.50 (beli dengan modal RM1.00 daripada Orang Tengah) kali ini mereka terpaksa menjual RM2.00 kepada pengguna kerana mendapat bekalan dengan harga RM1.50.

SEBELUM :
Pekebun (50 sen) 》Orang Tengah (RM1.00) : untung 50 sen 》Peniaga (RM1.50) : untung 50 sen

SELEPAS :
Pekebun (50 sen) 》Orang Tengah (RM1.50) : untung RM1.00 》Peniaga (RM2.00) : untung 50 sen

Maka yang mendapat untung berganda siapa? Bukankah Orang Tengah?

5. Oleh kerana itu, kerajaan melancarkan jihad mengurangkan peranan Orang Tengah dengan memantapkan fungsi Pasar Tani, mengumumkan harga siling pengguna dan memberi geran mengimport bekalan makanan kepada agensi kerajaan bagi melambakkan bekalan di pasaran untuk menstabilkan harga.

6. Kerajaan telah memberi geran kepada NEKMAT (Persatuan Nelayan Kebangsaan) untuk mengimport ikan daripada negara luar untuk menstabilkan harga. Agensi kerajaan tidak boleh mengambil untung berlebihan dan disebabkan itu harga ikan boleh dikawal. Kerajaan juga melarang pengeksportan ikan negara kita ke negara luar.

7. Kita sebagai rakyat juga harus bijak berbelanja dengan mengurangkan pembelian satu-satu barangan ketika barangan itu dalam keadaan permintaan tinggi atau harga sedang mahal. Pengurangan permintaan (demand) dapat menurunkan harga barangan mengikut hukum asas ekonomi.

BARANG BANYAK PERMINTAAN KURANG = HARGA MURAH

BARANG SIKIT PERMINTAAN TINGGI = HARGA MAHAL

8. Mungkin ada yang bertanya mengapa susah-susah menangani isu sara hidup, siapa suruh tarik subsidi? Rasionalisasi Subsidi sangat dituntut agar ekonomi negara kekal mampan. Harga barangan di pasaran dunia semakin naik dan bagi mengekalkan harga, subsidi perlu ditambah. Penambahan subsidi (belanja hangus) mengurangkan peruntukan pembangunan dan negara tidak membangun dengan pesat kerana kekurangan duit. Menuju negara maju, kita perlu berdepan dengan situasi dunia dengan kos yang semakin meningkat, itupun kita harus berterima kasih kerana masih ada subsidi ditanggung kerajaan.

9. Saya kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di Malaysia tetapi kurang membantu dalam menangani isu kos sara hidup rakyat. Apa yang dilihat adalah siri ceramah Derita Rakyat yang berpanjangan dan tiada tindakan yang diambil sebagai sebuah KERAJAAN NEGERI bagi membantu rakyat. Mereka hanya sibuk berpolitik, bijak mengeksploitasi isu tetapi tidak menyelesaikan masalah.

10. Adalah lebih baik mereka (PKR/DAP/PAS) menjadi pembangkang dan rakyat memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk mentadbir negeri. Sekurang-kurangnya ada penyelesaian yang dibuat. Saya berdoa itu, jika Kerajaan Negeri masih sibuk bermain politik, mudah-mudahan Allah gantikan mereka dengan sebuah kerajaan yang LEBIH BAIK.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 11 Februari 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);