browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kisah Nasi Lemak Chef Wan

Posted by on February 11, 2014

Ada yang ‘simbah petrol’ apabila Chef Wan komen tentang Nasi Lemak dalam pesawat MAS yang dikatanya tak ada timun dan ikan bilis. Biarlah Chef Wan kata macam tu, dia kan Chef terkenal.

Kita ni yang jarang-jarang memasak ni kalau nak tumpang semangkuk tibai MAS memang tak patut la. Ada makan dalam pesawat sudah cukup bagus dah, tanpa timun dalam nasi lemak tidak mencacatkan pun. Yang penting nasinya bukan timunnya.

MAS sudah beberapa kali memenangi Anugerah Hospitaliti dan Krew Kabin terbaik. Dan saya fikir MAS adalah syarikat penerbangan Malaysia yang terbaik berbanding Air Asia, Malindo dan Firefly.

Kalau benar-benar nak tegur MAS (bab layanan kabin krew) untuk penambahbaikan itu tak apa. Tapi kalau sekadar memang nak tibai sebab nak jatuhkan reputasi MAS tidak patutlah. Tahun ini Tahun Melawat Malaysia 2014, kita kena tunjukkan contoh yang baik kepada orang luar/pelancong. Perkara remeh temeh tak perlu nak ‘simbah petrol’ kasi marak. Dan tak adanya pelancong mogok sebab nasi lemak tak ada timun.

Saya pun pernah naik penerbangan Emirates ke Durban. Saya pun tak tahu apa menu makanannya, saya pun tahu sama ada bahan makanan itu benar-benar lengkap mengikut menu asalnya. Saya tidak kisah, yang penting ada makan sepanjang 7-8 jam penerbangan.

Jelek dengan orang yang sengaja nak buat nama Malaysia nampak buruk. Sebab MAS adalah GLC, GLC milik kerajaan, burukkan kerajaan buruklah parti pemerintah, akhirnya nama Malaysia juga yang busuk disebabkan ada Raja Mandeliar dan Si Kitol moden.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 11 Februari 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);