browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kerana Islam Adalah Agama RASMI

Posted by on March 14, 2014

Orang Melayu terkenal dengan tolak ansurnya. Kita berjaya mengekalkan keharmonian dengan cara memberi ruang kepada bangsa atau agama lain mengamalkan agama mereka secara bebas.

Kerana itulah rakyat Malaysia tidak kira agama berasa selamat untuk beribadat mengikut ajaran agama masing-masing.

Malaysia meletakkan ISLAM sebagai agama RASMI PERSEKUTUAN. Sudah nama pun rasmi, maka pasti ada HAK dan KEISTIMEWAAN yang tersendiri.

Kita dapat melihat, banyaknya program keagamaan Islam di televisyen, forum perdana secara terbuka, sekolah agama, dan kita mempunyai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan-jabatan agama Islam di setiap negeri.

Malah, kerajaan juga boleh menggunakan duit perbendaharaan negara untuk menggajikan guru-guru J-QAF atas permintaan Majlis Raja-Raja Melayu manakala Masjid dan AJK menerima elaun khas setiap bulan. Inilah yang dinamakan RASMI.

Tiada istimewa kepada agama selain Islam di Malaysia seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Namun, disebabkan sifat keharmonian dari orang Melayu sebagai pemerintah tertinggi, tiada di antara mereka yang kena pancung, kena pukul hanya kerana mengamalkan agama mereka seperti mana yang berlaku kepada sesetengah negara luar.

Agama Buddha bebas membakar mercun ketika Chap Goh Mei, agama Hindu bebas berarak di tepi jalan untuk mengangkat Kavadi semasa Thaipusam. Semuanya harmoni.

Itulah yang perlu disyukuri oleh semua pihak. Bebas beragama.

Ada satu perkara yang mengganggu keharmonian agama adalah apabila ada pihak yang cuba untuk mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Islam.

Sudah dinyatakan agar semua agama berhak mengamalkan agama sendiri TETAPI tidak boleh mengembangkan ajaran mereka kepada orang Islam. Itu sudah jelas.

Walaupun dari segi ‘hukum alam’ nampak tidak adil. Tetapi inilah KEADILAN yang diberikan kepada semua pihak dan semua orang perlu menghormati prinsip RASMI yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Isu agama adalah isu sensitif. Maka jangan nak mengarut untuk menyibuk dengan agama orang lain. Kerana itulah orang Islam dan Melayu (kecuali puak-puak tiga suku) menolak Kristian menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka (The Herald).

Walaupun banyak cekadak dalam hujah-hujah bagi membenarkan penggunaannya, ianya langsung tiada guna kepada orang Islam dan bersifat “udang di sebalik mee”.

Bagiku agamaku, bagi kamu agama kamu. Hormatilah hak orang lain, dan maksud adil bukan sama rata sama rasa.

Islam agama rasmi persekutuan, maka adillah apabila keistimewaan diberikan kepada tempatnya (rasmi).

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 14 Mac 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);