Melayu Gagal Kenal Musuh Sebenar

Apa yang terjadi di negara kita terutamanya dari segi politik adalah disebabkan GAGAL MENGENALI ANCAMAN SEBENAR.

PAS bukan ancaman buat UMNO dan begitulah sebaliknya. PKR juga bukan ancaman kerana PKR akan mati apabila Anwar Ibrahim sudah mati nanti. Ancaman sebenar politik orang Melayu Islam adalah DAP, khususnya puak-puak cauvinis dan kiasu.

Jika anda mendengar ceramah Asal-Usul Melayu yang dibentangkan oleh Prof. Zahara Sulaiman, kita sebagai orang-orang Melayu pasti mengalirkan air mata kebanggaan apabila kita mengetahui bangsa kita adalah bangsa yang hebat suatu masa dahulu.

Cuma anda bayangkan, jika bangsa Melayu ini bangsa yang lemah dan tiada nilai, mengapa penjajah dan orang luar bersungguh-sungguh mencemburui dan menjajah kita?

Orang Melayu bukan pendatang, tetapi rumpun Melayu adalah pembenih kepada kebanyakkan bangsa lain termasuk India dan Cina.

Orang Melayu mempunyai tamadun yang hebat seperti Srivijaya, Langkasuka dan Kedah Tua. Walaupun orang Melayu di zaman itu beragama Hindu, tetapi kita berjaya membina kekayaan dan tamadun hebat, bayangkan jika tamadun itu beragama Islam? Bukankah lagi hebat?

Jika dari tahun 1957 sehingga sekarang Malaysia begini hebat, bayangkan bagaimana majunya tamadun Melayu yang wujud selama 35,000 tahun?

Orang Melayu pasti mengalirkan air mata apabila mengetahui bagaimana Orang Cina Tai mendapat wilayah Pattani dan membunuh orang-orang Siam yang bernaung di bawah kerajaan Kedah?

Kita juga harus tahu bagaimana jahatnya Francis Light mungkir janji dengan Sultan Kedah dalam pemilikan Seberang Perai dan Pulau Pinang?

DAP mewarisi sifat cauvinis dan kiasu daripada Cina PAP di Singapura. Mereka tahu mereka takkan mendapat kuasa di Malaysia jika tidak bergabung dengan orang Melayu. Jadi PAS dan PKR yang sudah kemaruk kuasa begitu lama sanggup bekerjasama dengan puak DAP yang merbahaya ini.

Kerana itulah kita dapat lihat PAS dan PKR seolah-olah membiarkan; “Nak hak Melayu? Ambillah”, “Nak jatuhkan institusi Raja? Silakan”. “Nak sama rata semua agama? Kami sokong”. “Asalkan boleh ke Putrajaya”.

Orang-orang Melayu digula-gulakan oleh DAP dengan program-program berunsur agama dan ceramah yang mengaburkan orang Melayu sebagai “Inilah agama”. Dan DAP menjalankan agenda tersembunyi mereka dalam diam.

Melayu terpesong mengenali agama dan terlupa tentang bangsanya. Itulah ancaman sebenar.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 5 Mac 2014.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *