browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

DAP Amalkan Komunisme Tipu Melayu

Posted by on May 19, 2014

Ini tahun 1965. Di mana Lee Kuan Yew, pemimpin People Action Party (PAP) berkempen di kalangan orang Melayu dengan memakai songkok.

Bangsa kita terkenal dengan sifat kasihan dan mudah percaya. Apabila Kuan Yew pakai songkok, ya! Nampak tak PAP pun perjuangkan Melayu dan Islam?

Saya sangat sedih, bahawa orang kita tidak membuka lembaran terdahulu dan pemimpin mereka sehingga sekarang masih orang yang sama, kita masih mudah terpedaya.

Di pentas PAS menyebut ayat Quran, bertakbir!! Juga freehair memakai tudung di pentas PAS, dia sudah insaf.. Itulah lumrahnya.

Ini bukan soal strategi, bukan soal siapa calon, ianya soal ideologi. Ideologi Komunis tetap kita tidak boleh menerimanya.

Orang Melayu dalam ideologi Komunis bukan baru. Lihatlah Shamsiah Fakeh yang muda remaja ketika dulu adalah antara wanita muda yang bergiat aktif dalam kumpulan ini.

Apa kita hendak hairan jika strategi yang sama digunakan DAP untuk menarik minat orang Melayu. DAP hidup dengan ISU, bukan dengan JASA. Maka mereka perlu buat apa sahaja untuk mendapatkan KUASA.

Yang penting agenda mereka berjalan dan meleburkan ketuanan bangsa asal di sesebuah negara. Komunis berjalan sebegitu rupa, membawa ideologi SAMA RATA SAMA RASA.

Apabila berkuasa, “Semuanya Aku Punya”.

Sejarah tidak menipu, dan sentiasa berulang kembali kerana manusia tidak ambil peduli.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 19 Mei 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);