browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Mengapa Melayu Perlu Marah?

Posted by on May 8, 2014

Pendapat saya, orang Melayu marah apabila hak istimewa kita dipertikai dan ditarik sedikit demi sedikit.

Tetapi sewaktu masa kuat dahulu, berapa ramai yang gunakan peluang yang diberi dengan sebaiknya?

  • Diberi pinjaman perniagaan khas Bumiputera, duit itu buat pergi joli. Orang suruh kembang perniagaan, dia pergi beli TV Plasma.
  • Diberi bantuan alatan perniagaan, dijualnya buat beli kereta baru (walaupun second hand).
  • Diberi saham percuma, jual saham ramai-ramai untuk dapat keuntungan segera.
  • Dapat projek di’Ali Baba’kan. Tahu dapat projek makan komisen.
  • Minta bantuan bayar tunggakan bil elektrik, dapat duit pergi tukar Sport Rim. Bulan depan minta bantuan lagi.
  • Dapat bantuan pendidikan, asal ada demo semua pergi berguling.
  • Sorang Melayu kaya, semua dengki kata duit rasuah tapi diri sendiri tak nak berubah.
  • Ada tanah pusaka turun temurun, pergi jual kat Cina. Pinau mata dapat duit banyak berjuta-juta.
  • Dapat kouta rumah Bumiputera, cukup tahun dijualnya rumah tu kat orang lain.
  • Dapat tapak berniaga, di’sub’nya kat Indon. Lepas tu kata kerajaan tak bantu, ada ke Indon tu dapat bantuan?

Semuanya nak harta segera. Betullah dalam lirik Anak Kecil Main Api.. Nenek moyang kaya, tergadai seluruh harta benda.

Lepas tu marah bila TONGKATnya ditarik. Sejarah selalu berulang.

FIKIRKAN..

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 8 Mei 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);