browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

“TABIK” Untuk Mr. Ka Siong

Posted by on May 8, 2014

Ramai orang marah dengan kenyataan Ka Siong yang mengancam untuk mengkaji kedudukan MCA dalam BN jika UMNO terus menyokong pelaksanaan Hudud.

Relaks bro.. Lihatlah dari sudut yang lain. Saya tabik dengan Ka Siong kerana berani membuat pendirian yang berprinsip dalam isu ini.

Inilah yang Orang Melayu kena belajar daripada orang Cina. Mereka seia sekata sehati sejiwa walaupun berlainan parti. Perasankah anda pakaian rasmi mereka tak kira MCA, DAP atau GERAKAN berwarna putih? Apa maknanya itu?

MCA bukannya kuat pun. Hanya menang 7 kerusi parlimen dan langsung tidak menang di Selangor. Tapi mengapa Ka Siong berani buat kenyataan seperti itu?

Sebab kita kadang kala tak sedar bahawa semua parti di Malaysia tidak mendapat sokongan yang MUTLAK daripada rakyat.

Memang benar BN memenangi 133 kerusi parlimen dan berhak memerintah tetapi kita harus ingat bahawa kemenangan itu disebabkan tahaluf siyasi BN bersama parti-parti komponen di dalamnya. UMNO hanya menang 88 kerusi, jika UMNO ‘stand alone’ pun tak dapat memerintah tau sebab nak memerintah perlu ada 112 kerusi (majoriti mudah).

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memenangi 89 kerusi parlimen, itupun selepas dicampur DAP (38), PKR (30), dan PAS (21).

Begitu juga dengan DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi, iaitu DAP (15), PAS (15), PKR (14), UMNO-BN (12). Hendak memerintah memerlukan 29 kerusi, tunjukkan kepada saya parti mana yang berhak memerintah di Selangor? Ternyata tiada parti yang mendapat sokongan MUTLAK daripada rakyat. Maka gabungan 15(DAP)+15(PAS)+14(PKR) = 44 kerusi untuk PR maka berkuasalah mereka di Selangor.

Maka mengikut konsep politik semasa, kehilangan kerusi akan mempengaruhi pengaruh politik. Maka setiap kerusi amat berharga.

Mengapa PAS tidak kuat seperti MCA dalam pendirian?

Mengapa PAS tidak kuat seperti MCA dalam pendirian?

Kerana itulah MCA berani untuk mengancam UMNO. Jika UMNO sendiri ada sekurang-kurangnya 112 kerusi di parlimen, lantaklah kepada yang lain.

————————–
Macam mana pula dengan PAS? Parti yang senasib dengan MCA di mana kedua-duanya adalah parti yang lemah dalam gabungan komponen masing-masing.

Sehingga hari ini tidak kedengaran suara daripada PAS yang mengancam mahu keluar Pakatan Rakyat jika DAP dan PKR menolak pelaksanaan Hudud.

Sebab itulah saya salute dengan MCA kerana ada stand sambil PAS masih tidak sedar diri dan masih menumpang ‘kasih’ DAP dan PKR untuk berkuasa.

Ada kita dengar DAP mengancam PAS agar keluar dari PR dan Anwar Ibrahim sendiri berkata ‘Tiada Hudud dalam Pakatan Rakyat’, tapi PAS masih terus membisu.

Masih lagi tiada prinsip bagi PAS. Mereka boleh sahaja mengancam DAP dan PKR untuk keluar PR sekaligus merobohkan Kerajaan Selangor, tetapi mengapa tidak berani berbuat demikian?

Inilah masanya untuk PAS tunjuk ‘telur’, jangan selamanya jadi seperti keldai yang menurut DAP.

Inilah Kalilah Gabung dengan UMNO. PAS tak akan rugi dan apabila orang Melayu kuat dan bersatu, MCA pun akan tukar pendirian macam tukar prinsip ‘tidak mahu menerima jawatan kabinet’ dan kali ini nak pula.

Tunjukkan ‘telur’mu PAS, jangan berani lawan dengan UMNO sahaja dengan DAP penakut.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 8 Mei 2014.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);