• Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    DAP Rasis, PAS Bila Nak Sedar?

    Orang Cina dah buktikan mereka mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Buktinya, macam mana DAP boleh hilang 7000+ majoriti di Teluk Intan padahal baru setahun PRU13 berlalu hanya kerana calon DAP seorang Melayu? Tetapi malangnya orang Melayu masih mahu bermusuhan dan berdendam disebabkan politik. Umno menerima kaum Cina melalui MCA dan Gerakan atas sifat Barisan Nasional, kot mana pun, In Shaa Allah Umno adalah tonggak dalam BN dan orang bukan Islam & Melayu akur dengan kepimpinan Melayu. Namun, dalam PR belum tentu. Walaupun semua kaum ada dalam PR tetapi sah dan terbukti bahawa DAP yang majoritinya Cina menguasai gabungan politik tersebut. Anwar Ibrahim seorang Melayu hanya boneka semata-mata mengisi kouta Melayu…