• Perspektif,  Rencah

    BERDENTAM DENTUM!

    Semasa saya kecil, biasa terjadi Black-Out apabila hujan lebat. Ketika itu saya menetap di rumah nenek sebelum melangkah ke alam persekolahan. Waktu gelap itu, kami terangi dengan cahaya lilin yang dibeli di kedai Atan seberang jalan. Banyaklah cerita hantu yang keluar dari mulut makcik-makcik saya. Seram wooo.. Ditambah pula dengan main bayang-bayang dekat dinding. Buatlah bentuk apa-apa pun asal dapat menghibur hati dalam kegelapan. Biasalah ketika hujan lebat, ada sahaja atap yang bocor atau tercabut ditiup ribut. Semasa itu, orang-orang kampung semuanya keluar duit sendiri beli atap untuk diganti baru. Kata mereka ; “Ini rumah kita, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya”. Mereka kata begitu walaupun mereka tidaklah terlalu senang. Kini, orang…

  • KEMBARA,  Perspektif,  Rencah

    Coret-Coret Coklat Di Langkawi

    Saya beratur menunggu giliran untuk membayar coklat-coklat yang dipilih. Sampai sahaja giliran saya di kaunter, saya ditanya oleh juruwang; “Nak beli coklat Cadbury ni encik? Beli satu percuma satu”. Saya melihat pek coklat tersebut. Satu set ada DUA keping Coklat Cadbury. Jika dibeli satu set maka kita akan dapat percuma satu set lagi. Keseluruhannya kita boleh dapat 4 keping coklat Cadbury dengan harga hanya RM13! “Kenapa tak letak di rak? Coklat Cadbury ni dengan sana sama ke?”, saya bertanya kepada Juruwang. “Tak. Yang di rak sana Cadbury yang diimport, yang ini keluaran Malaysia”, katanya sambil menunjukkan coklat yang diletakkan di kaunter bayaran. “Coklat keluaran Malaysia dah kurang orang beli, mungkin…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    Analogi Ibu Bapa & Sultan

    Dulu-dulu, mak bapak yang carikan suami untuk anak dara dia. Anak dara tu ikut saja. Kalau mak ayah dah suka, ku turutkan saja katanya. ————————- Sekarang, anak dara dah banyak diberi peluang untuk pilih kekasih hati sendiri untuk dijadikan suami. Kalau mak ayah BERKENAN, lebih senang. Kahwin pun direstui, suami pilihan sendiri. Kalau mak ayah TAK BERKENAN, carilah calon suami yang lain. Atau lari pergi Danok kahwin lari dengan perkahwinan TAK DIRESTUI. ————————- Dulu-dulu, Sultan lantik Bendahara dan Syahbandar ikut kehendak baginda sendiri. Rakyat akur sahaja apa yang Bendahara laksanakan, sebab rakyat tak ada hak nak pilih Bendahara sendiri. ————————- Sekarang, rakyat dah diberi hak memilih Wakil Rakyat mereka sendiri…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah

    Teringin Nak Jadi Mahasiswa Kembali

    Bila tengok Mahasiswa pergi buat piket, buat demonstrasi. Saya teringin nak jadi Mahasiswa kembali. Nak terangkan dekat diorang, dunia ni bukan seperti yang kamu sangkakan. Semasa jadi student, kita akan rasa semua yang kita suarakan nampak intelek. Suara Mahasiswa dianggap suara keramat dan terpelajar. Tapi mereka tidak tahu di dunia sebenar. Sehebat mana pun kita di universiti, kita kena bersaing dengan semua golongan dalam masyarakat apabila menempuh alam sebenar selepas universiti. Tidak hairanlah orang panggil kamu BODOH walaupun kamu seorang terpelajar. Kerana manusia biasa risau dengan 2 perkara iaitu KELAPARAN & KETAKUTAN. Fikirkan kenapa.. Jamal Rafaie 11 September 2014 Kuala Selangor Share

  • Bicara Siasah

    Jika Ahli Parlimen Membazir Bagaimana Pula?

    Ada seorang ahli politik pembangkang bertanya ; Mengapa tiada kertas soalan alternatif jika berlaku kebocoran soalan. Jawapannya ADA. Cuma tidak dicetak lagi. Mengapa tidak dicetak awal? SEBAB jika semua yang terlibat bersifat AMANAH, BUAT APA PERLU DICETAK SOALAN KEDUA? Mari kita kira, bayangkan JIKA kos satu set kertas soalan bernilai RM2.  Jumlah pelajar bolehlah kita letak 500k, kita telah berbelanja RM1juta untuk satu set soalan. Itu baru satu set, kalau berset-set? Kertas soalan tu dah seal. Sebelum exam bermula pun Pengawas Peperiksaan akan tunjuk sama ada bungkusan soalan tu dah terbuka ke belum. YANG PEGAWAI/CIKGU TU GATAL TANGAN PERGI BUKA BUNGKUSAN TU KENAPA? Mengapa ahli politik pembangkang asyik nak salahkan…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Tongkat Bangsaku

    Jadi Hero Tidak Diundang

    Ada Orang Bandar, datang ke satu kampung. Tiba-tiba terhidu bau lembu yang baginya kurang menyenangkan. Beliau memerhati di sekeliling dan mendapati ada kandang lembu di belakang sebuah rumah penduduk kampung. “Mengapa pemilik kandang lembu tu tak buat kandang jauh-jauh? Bukan ke bau lembu ni mengganggu penduduk-penduduk DI SINI?”, katanya ibarat pemimpin sebuah parti politik pembangkang. Hidup YB! Saya tersenyum sahaja. Dia tidak tahu, semua lembu-lembu itu dimiliki oleh penduduk-penduduk di situ. Sudah bertahun lama mereka hidup begitu, tidak pernah pula mendengar aduan bau lembu mengganggu kehidupan mereka. Tiba-tiba, orang luar pula yang sibuk-sibuk nak jadi hero. Yang sebenarnya ORANG LUAR itu tadi bercakap atas kapasiti ‘hidung’nya sahaja, bukan sebab rakyat…

  • Uncategorized

    Jangan Jadi Pentaksub Tun M

    Mungkin generasi hari ini hanya melihat KEJAYAAN Tun M tanpa ujian dan semuanya berjalan lancar. Sehingga ada yang mengherdik pemimpin sekarang dengan mengatakan terlalu teruk dan tiada kepimpinan. Saya mahu mengajak saudara menelaah kembali buku yang ditulis sendiri oleh ayahanda Tun M yang berjudul Doctor In The House atau dalam versi Bahasa Melayu, Doktor Umum. Di dalam buku tersebut ada menyebut tentang jerih perit Tun M dalam pentadbiran kerajaan dan politik. Dan saya merasakan bahawa masalah politik di zaman Tun M tidak jauh bezanya dengan zaman pemimpin sekarang. Ketika saya dilahirkan, bapa saya tiada di sisi ibu saya. Beliau ketika itu sedang berada di Johor untuk menghidupkan semula UMNO yang…