• Aktiviti,  Dakwah,  KEMBARA,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    SUKARELAWAN BUKAN LAGAK JUTAWAN

    “Saya tak puas hati dengan misi kita”, kata seorang peserta secara tiba-tiba. Peserta yang lain tersentak. “Saya rasa seperti dipergunakan urusetia!”, beliau menambah lagi. Masing-masing melihat sekeliling. Mengapa dipergunakan? Urusetia mendapatkan penjelasan ; “Apa yang kamu tidak puas hati?”. “Mengapa pula kami kena bersihkan surau? Mengapa perlu membantu membersihkan rumah orang? Bukankah mereka ada keluarga sendiri? Orang kampung ramai-ramai buat apa?” “Kita tidur pun di asrama, sudahlah tak selesa. Kena kemas asrama kami pulak tu! Makanan pun lambat siap. Memang terasa macam dipergunakan”. Saya hanya diam apabila mendengar keluhan itu. Mungkin dia tidak faham, mungkin dia ingat misi kesukarelawan macam makan angin dan melancong. Sepanjang perjalanan ke lokasi operasi kami,…

  • Info,  Kisah Teladan

    1971 : BANJIR YANG BERMANFAAT

    Januari 1971, Kuala Lumpur dilanda banjir besar. Banyak kerosakan harta benda berlaku dan kerugian di sana sini. Kuala Lumpur tenggelam hampir 50% sehingga Perdana Menteri Tun Razak mengisytiharkan darurat dan menubuhkan jawatankuasa peringkat kabinet dalam menangani masalah itu. 57 orang terkorban dalam banjir dan kerugian yang dicatatkan adalah sebanyak RM87.4 juta. Namun, bagi kebanyakkan masyarakat ketika itu mengatakan bahawa Bah Besar Kuala Lumpur 1971 ‘membersihkan segala kekotoran’. 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam negara kita di mana ketegangan kaum memuncak sehingga menyebabkan pembunuhan dan huru hara. Dua tahun selepas itu, banjir besar melenyapkan keegoan masing-masing. Banjir, apabila melanda tidak mengenal siapa. Engkau orang besar, orang kecil, rakyat biasa, tak kira…