browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SUKARELAWAN BUKAN LAGAK JUTAWAN

Posted by on January 13, 2015

SUKARELAWAN 1M4U

“Saya tak puas hati dengan misi kita”, kata seorang peserta secara tiba-tiba.

Peserta yang lain tersentak. “Saya rasa seperti dipergunakan urusetia!”, beliau menambah lagi.

Masing-masing melihat sekeliling. Mengapa dipergunakan? Urusetia mendapatkan penjelasan ; “Apa yang kamu tidak puas hati?”.

“Mengapa pula kami kena bersihkan surau? Mengapa perlu membantu membersihkan rumah orang? Bukankah mereka ada keluarga sendiri? Orang kampung ramai-ramai buat apa?”

“Kita tidur pun di asrama, sudahlah tak selesa. Kena kemas asrama kami pulak tu! Makanan pun lambat siap. Memang terasa macam dipergunakan”.

Saya hanya diam apabila mendengar keluhan itu. Mungkin dia tidak faham, mungkin dia ingat misi kesukarelawan macam makan angin dan melancong.

Sepanjang perjalanan ke lokasi operasi kami, di kanan kiri jalan terasa suasana begitu sayu. Ada rumah yang hanya tinggal tapak. Sepanduk “BANTULAH KAMI” dan kanak-kanak juga kaum ibu berkumpul di tepi jalan menunggu bantuan. Kot-kot ada yang berhenti menghulurkan bantuan.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kesan bencana. Begitu syahdu. Difahamkan kawasan ini TIDAK PERNAH banjir sebelum ini. Disebabkan itulah persiapan menghadapi banjir tidak dilakukan begitu rapi. Penduduk tidak menyangka banjir akan meranapkan rumah mereka.

Hari pertama di Tanah Merah Kelantan. Kami diuji dengan kelaparan. Makanan yang ditempah lewat sampai sehingga menyebabkan kami lesu akibat berjam-jam menempuh perjalanan jauh dari ibu kota.

Namun, ia menginsafkan kami apabila mendengar cerita mangsa banjir di sana yang hanya makan sehari sekali sahaja dengan hanya 30Kg beras untuk dimakan oleh 1000 orang mangsa di pusat pemindahan! Kami lebih beruntung.

Tempat kami menginap hanya sebuah asrama pelajar. Itupun hanya tingkat 1 dan 2 sahaja boleh digunakan. Tingkat Bawah asrama habis digenangi banjir berlumpur. Tambah menyedihkan, kami terputus bekalan air bersih. Pasti menyukarkan untuk membersihkan diri.

Kami ditugaskan untuk membantu membasuh sebuah rumah OKU. Suami isteri berkerusi roda sibuk membersihkan sebuah kedai runcit milik mereka yang juga menjadi tempat tinggal mereka. Barang jualan habis rosak, namun tiada reaksi kecewa di wajah mereka, mungkin redha. Kami berasa sungguh terharu dapat membantu pasangan OKU itu. Semoga Allah memberikan keberkatan-Nya kepada mereka.

Benar. Bagi siapa yang tidak biasa dengan ujian ini pasti menerima GANGGUAN EMOSI. Apa yang boleh kita atasi untuk menjadikan kita redha adalah dengan mengatakan bahawa ; “Ada Orang Lain Lebih Susah Daripada Kita”.

Para Sukarelawan jangan mengimpikan penempatan selesa dan elaun. Inilah sumbangan kita. Apa yang kita dapat adalah, IKTIBAR!

———-
Nukilan Jamal Rafaie yang turut serta dalam sebuah Misi Sukarelawan NGO baru-baru ini.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to SUKARELAWAN BUKAN LAGAK JUTAWAN

  1. saifulislamizr

    Ada beza antara menjadi sukarelawan dan suka Rehlah wan. 🙂

    Usaha yang baik daripad penulis yang boleh dicontohi

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);