browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

ADAKAH TAHLIL ITU BAIK?

Posted by on February 15, 2015

wpid-tahlil-kanak-kanak.jpg.jpeg

1. Walaupun mengatakan bahawa Tahlil itu adalah perkara yang Rasulullah tidak lakukan, namun saya fikir program itu adalah baik.

2. Kerana dalam Tahlil itu ada doa dan bacaan Al-Quran. Namun, saya setuju AGAR tidak melakukan amalan tahlil ini mengikut hari-hari tertentu. Baca doa dan Quran bila-bila masa pun boleh. Amalan ini tidak pernah dikatakan oleh Nabi, tetapi berdoa dan membaca Al-Quran adalah sunnahnya.

3. Melawan Bidaah itu ada baiknya, tetapi bagi saya yang melihat perkembangan ini, ianya LEBIH BANYAK merosakkan masyarakat jika terlalu mendesak untuk MENIDAKKANNYA.

4. Saya pernah mendengar ada keluarga yang bergaduh dan bermasam muka hanya kerana soal tahlil. Sebahagian keluarga yang berkumpul di kampung untuk bersama berdoa untuk arwah ibu bapa mereka, tiba-tiba bergaduh besar kerana ada individu yang mengharamkan tahlil dalam keluarga mereka.

5. Akhirnya, untuk mengelakkan perbalahan itu, acara tahlil ditukar kepada acara Karaoke dan BBQ semata-mata. Perkara itu terpaksa dibuat HANYA untuk mengelakkan aktiviti keagamaan menganggu keharmonian keluarga. Kesannya, ahli keluarga ‘terlupa’ untuk mendoakan ibu bapa mereka sedangkan dalam Hadis Nabi berpesan antara amalan yang terus hidup kepada Si Mati adalah ; Doa Anak-Anak Yang Soleh.

6. Amalan Tahlil diceritakan kepada saya adalah diperkenalkan oleh Wali Songo. Ketika itu, orang Melayu di Nusantara masih terikut dengan amalan agama asal mereka sebelum Islam seperti meratap di perkuburan dan meletakkan makanan di perkuburan untuk ‘dimakan’ oleh Si Mati.

7. Wali Songo berfikir untuk membawa masyarakat Melayu kepada Islam dengan mengubah amalan itu kepada Tahlil. Adalah lebih baik ratapan di perkuburan itu ditukar kepada majlis zikir dan doa. Manakala makanan di perkuburan itu adalah lebih baik disedekahkan kepada manusia-manusia yang MASIH HIDUP. Di situ, banyak amalan Islam dapat dibuat dengan amalan membaca Al-Quran dan berdoa serta menyuburkan amalan bersedekah dengan memberi makan kepada saudara yang lain.

8. Saya banyak memerhatikan, golongan agamawan yang berbicara tentang amalan bidaah ini tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat. Mereka menidakkan amalan yang baik, tetapi tidak menunjukkan amalan yang LEBIH BAIK yang dikatakan mengikut sunnah. Akhirnya, umat hilang arah dan memilih jalan lain selain agama.

9. Tujuan saya menulis ini bukan untuk berbahas siapa betul siapa silap. Saya hanya menulis kerana sayangkan keharmonian sesama Islam agar tidak bermusuhan. Pastinya Rasulullah SAW sedih apabila umatnya bergaduh hanya disebabkan hal-hal berkaitan agama yang bersifat Khilaf sedangkan kita perlu memerangi amalan-amalan yang SAH khurafat seperti membunuh Hantu Raya menggunakan Kayu Golf.

10. Bagi saya mudah, siapa yang tidak mahu melakukannya tidak mengapa tetapi tidak perlu bersungguh-sungguh meng’khurafat’kan orang lain dengan amalan-amalan yang baik. Islam adalah untuk semua bangsa, tidak semestinya tidak dilakukan oleh Nabi dan bangsa Arab, ianya tidak Islamik.

11. Maafkan saya kerana berkata seperti ini. Saya perlu menulisnya.

JAMAL RAFAIE
Kuala Selangor

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);