browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

FAHAMI APA YANG DIKATA SEBELUM TUDUH RASIS

Posted by on February 4, 2015

wpid-img-20150202-wa0027.jpg

Kita menyokong Dato’ Sri Ismail Sabri BUKAN kerana namanya Ismail Sabri. Tetapi APA YANG DIKATAKAN itu adalah punca sokongan.

Apa yang disebut oleh Dato’ Sri Ismail Sabri adalah berkaitan antara PENJUAL/PEMBORONG/PEMBEKAL dan PENGGUNA/PEMBELI. Pembekal boleh menggunakan alasan MINYAK NAIK dan begitu cepat bertindak menaikkan harga barangan, namun tidak cuba menurunkan harga barang (cukuplah ikut harga sebelum naik dulu) apabila minyak turun.

KEBETULAN, golongan Pembekal KEBANYAKKAN terdiri daripada Kaum Cina. Maka, perkara itu telah digunakan oleh sesetengah golongan Cauvinis dan Pelampau untuk melibatkan ia sebagai ISU PERKAUMAN. Sebenarnya tidak begitu pun.

Bagi saya itu bukan isu perkauman. Bak kata Datuk Alwi Kelantan ; Sebilah Pisau jika kita lihat ia sebagai senjata, ia akan menjadi senjata. Tetapi jika kita lihat Pisau untuk memotong bawang, ia akan digunakan untuk memotong bawang.

Isu ini, jika kita lihat sebagai isu perkauman, boleh main jauh-jauh. Sebab kita melihat sebagai isu pengguna.

Rakyat boleh berasa bangga kerana sudah ada Menteri yang berani berkata tentang perkara SENSITIF untuk membuat perubahan ke arah kebaikan.

Namun, setuju juga jika kerajaan “Lead By Example” untuk menurunkan tarif ikuiti secara MUNASABAH (tak ler sampai merugikan kerajaan). Nanti ramai-ramai akan ikut. Siapa tak ikut, pengguna boleh menghukum mereka dengan TIDAK MEMBELI DARIPADA MEREKA.

SAYA JUGA AKAN SOKONG LIM GUAN ENG KALAU DIA BOLEH CAKAP APA YANG ISMAIL SABRI CAKAP. SEBAB KITA BUKAN BENCI GUAN ENG, TAPI TAK SETUJU DENGAN DASARNYA.

JAMAL RAFAIE
KUALA SELANGOR

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);