browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Menjawab Cadangan Imam Muda Azhar Berkaitan Program Agama

Posted by on February 28, 2015

Imam Muda Azhar

1. Imam Muda Azhar secara sinis memuatnaik status berkaitan GST. Katanya, kerajaan bersungguh-sungguh mengiklankan GST tetapi tidak untuk hal berkaitan agama. Saya fikir beliau agak terkeliru dengan tulisan beliau sendiri.

2. Mungkin anda terlupa, Imam Muda Azhar sendiri adalah selebriti yang dilahirkan daripada program realiti Imam Muda yang diterbitkan oleh Astro Oasis. Jika kerajaan tidak membenarkan kewujudan saluran TV Astro Oasis, beliau sendiri mungkin tidak dikenali ramai sebagai Imam Muda.

3. Untuk pengetahuan bersama, pihak kerajaan sejak dari dahulu telah mempromosikan agama Islam sebagai agama persekutuan kepada khalayak umum. Kerajaan telah mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam di setiap negeri bagi memudahcara perkembangan dan kemajuan agama Islam.

4. Lebih dari itu, saluran-saluran TV di Malaysia kebanyakannya mempunyai program-program keagamaan sendiri dengan penerbitan program seperti Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1. Program Al-Kulliyah di TV3. Juga program Tanyalah Ustaz di TV9. Jangan pula dilupakan dengan sebuah saluran TV yang khas untuk agama Islam yang diberi nama TV-ALHJIRAH. Radio juga mempunyai saluran khas untuk agama Islam iaitu IKIM.FM. Tidakkah anda sedar?

5. Saya berharap Imam Muda Azhar sedar akan kewujudan saluran dan program-program ‘mengiklankan’ agama Islam selama ini seperti yang dicadangkan oleh beliau dalam status Facebook beliau.

6. Saya yakin beliau tahu tentang perkara itu. Saya cuma menulisnya kembali agar orang yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu, TAHU tentang perkara ini.

7. Gunakanlah platform yang telah diberikan itu untuk mempromosikan Islam kepada Bukan Islam yang mungkin orang lain kurang mendapat peluang itu.

8. Mungkin anda baca perkara ini macam hal kecil, tetapi saya perlu jawab dan tulis kerana individu yang lahir dari saluran ‘pengiklanan’ yang dicadangnya itu berkata-kata perkara yang Tidak Tepat. Atau mungkin sengaja menulis seperti itu, tetapi sebenarnya mahu hentam GST.

Walallahua’lam.

JAMAL RAFAIE
28 Februari 2015
Kuala Selangor

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Menjawab Cadangan Imam Muda Azhar Berkaitan Program Agama

  1. mujahidah

    mungkin saudara tidak mengerti. mksud IM Azhar ialah undang2 Islam yang tidak diberi kefahaman kepada non-muslim di malaysia. memang terlalu banyak rancangan keagamaan tetapi ianya perbincangan hukum hakam aqidah dan sebagainya tetapi kerajaan tidak bersungguh dalam memperkenalkan hukum yang WAJIB kita laksanakan.
    dan saya yakin saudara tahu tentang Ustaz Azhar Idrus yang pernah masuk di dalam rancangan Astro Oasis tetapi ditarik balik. kerana apa? kerana UAI cuba menerangkan kita sebagai umat islam WAJIB patuhi hukum yang telah Allah menyuruhi kita laksanakan. dan tindakan kerajaan menarik balik rancangan tersebut hanya kerana UAI memberitahu perkara yg sebenar?
    mungkin saudara tidak tahu, atau buat buat tidak tahu 🙂

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Saya mengerti, cuma saya memberikan pandangan saya. Sebenarnya, dari segi politik, ayat itu sebenarnya menggunakan reverse psikologi untuk menyerang GST. Dan saya amat berbesar hati apa yang saya tulis ini dibaca oleh ramai pihak.

    Berkenaan soal UAI saya tidak boleh komen panjang mengapa ianya berlaku. Ya, saya fikir semua pendakwah menyebut perkara yang benar tidak hanya UAI semata-mata.

    Seperkara lagi, saya mengkritik dasar kerajaan Kelantan dan PAS yang mana mereka tidak bersungguh-sungguh menerangkan kepada rakyat tentang Hudud. Seperti mana yang selalu dicanangkan tentang Royalti, mengapa pula Royalti bersungguh-sungguh dipromosikan manakala Hudud tidak begitu. Ianya seperti menepuk air di talam, terpercik ke muka sendiri.

    Walau bagaimanapun saudari, saya menyokong usaha dakwah, saya tak halang dan sama-samalah kita menolong tentang perkara yang baik.

    wallahua’lam.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);