browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SIAPA PENCETUS ISU PERKAUMAN?

Posted by on February 4, 2015
Gambar Hiasan bukan milik saya

Gambar Hiasan bukan milik saya

MASALAH PERKAUMAN di Malaysia bukanlah dimulakan oleh Orang Melayu.

Orang Melayu ini sifatnya tidak suka cari gaduh. Jadinya, saya mohon PIHAK-PIHAK TERTENTU atau Cauvinis* agar menghentikan sebarang bentuk provokasi dan kontroversi sehingga MENYUSAHKAN ORANG MELAYU.

Cauvinis jadi Batu Api. Hina orang Melayu, hina Islam. Apabila Orang Melayu marah, kamu kata Orang Melayu Rasis. Apakah?

TIDAK MALUKAH KAMU BERKATA SEPERTI ITU SEDANGKAN BUKAN ORANG MELAYU YANG MULAKAN DULU?

Orang dulu-dulu kata “Jangan Jolok Sarang Tebuan”. Tebuan tak serang orang suka-suka hati. Tapi kalau kacau sarang dia, dia akan mempertahankan. Takkan kita nak kata Tebuan JAHAT? Siapa suruh jolok?

Saya ni walaupun ahli kepada sebuah parti bernama Bangsa, tetapi saya menolak isu perkauman dan kasta. Saya PERCAYA dengan perbezaan dapat menyatukan pelbagai bangsa atas sifat PERPADUAN dan SALING FAHAM MEMAHAMI.

Saya tak kata ini sebagai serangan kepada kaum-kaum tertentu secara LUMP SUM. Siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya. Jangan semua orang terasa pulak ye.

Saya secara peribadi dan juga orang awam yang lain, tak suka provok dan cari gaduh. Tapi kalau suruh Orang Melayu berhenti marah, tapi penghinaan terus-terusan dilakukan oleh puak pelampau, sampai bila akan selesai?

Fikir-fikirkanlah apa yang saya tulis ini. Kalau boleh sampaikan kepada orang lain.

Saya sukakan KEAMANAN, KEMAKMURAN & KESTABILAN. Kalau kita gaduh-gaduh, nak makan pun susah.

*CAUVINIS, kumpulan pelampau, tidak semestinya terdiri daripada kaum Cina sahaja, ada juga dari kalangan Orang Melayu dan India)

JAMAL RAFAIE
Kuala Selangor

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);