browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

WALAUPUN BOSAN, VICE ADA PENGAJARAN

Posted by on February 3, 2015

VICE POSTER

Plot yang sungguh lemah. Jalan cerita juga sudah dijangka. Saya mengimpikan babak-babak aksi yang dilakonkan oleh Bruce Willis, tetapi hampa, beliau banyak duduk di kerusi dan bercakap sahaja.

VICE adalah sebuah tempat hiburan kepada orang ramai yang menjanjikan KEBEBASAN. Pengunjungnya boleh melakukan apa sahaja yang normalnya tidak boleh dilakukan di dunia sebenar. Berhubungan seks bebas, dan selepas itu membunuh pasangan seks dibolehkan di VICE.

Di sana juga dibolehkan untuk menembak siapa sahaja. Tiada siapa dapat menghalang, raungan kesakitan mangsa yang ditembak tidak diendahkan oleh orang-orang yang lalu lalang. Atau apa-apa jenayah yang teringin untuk dilakukan, silakan.

Julian Micheals (Bruce Willis) adalah CEO kepada VICE Resort dapat menyediakan ‘kemudahan jenayah’ itu kerana membina sebuah sistem kejuruteraan Bio-Mekanikal yang mengklon DNA manusia sebenar untuk mencipta robot yang 99% menyerupai manusia. Robot itu disertakan dengan emosi sebenar manusia dan memberikan pengalaman membunuh yang sebenar kepada pelanggan. Robot itu beremosi, berahi ketika melayan pelanggan serta merasa sakit dan meraung ketika mahu mati. Pasti puas membunuh bukan?

Sewaktu resort ditutup pada waktu malam, robot-robot yang mati dibaiki semula dan bersedia untuk dibunuh lagi pada keesokan harinya oleh pelanggan yang berbeza.

—————————-
Sedar atau tidak. Dunia sedang menuju kepada KEBEBASAN TIADA HAD. Walaupun banyak kes-kes penghinaan terhadap orang Islam sebelum ini, perkara ini terus berlaku tanpa jemu. Mengapa?

PAKEJ : “TIMBULKAN SPEKULASI 》MARAH 》DEMONSTRASI 》LUPA 》 ULANG SEMULA”

Kerana kita sedang jadi seperti Robot dalam filem Vice ini. Hanya diperalatkan oleh sesetengah golongan yang berkepentingan politik. Apabila isu sudah reda, umat Islam akan kembali LUPA terhadap penghinaan itu.

Sekali lagi, isu dimainkan dan umat Islam TERUS MARAH!! Demonstrasi di sana sini, penuh emosi. Dan berulang-ulang kali oleh pemain yang berbeza dan dimangsakan golongan yang sama!

Kita tidak berusaha untuk memberi penerangan terhadap kebejatan yang berlaku. Dan akhirnya, apa berlaku? “Ohhh.. Mungkin Orang Islam Begitu”.

Inilah yang kita lemah. Kurang MENONJOLKAN imej positif dan akhirnya NEGATIF yang muncul. Ingatlah mengapakah Rasulullah diutuskan oleh Allah kepada sekalian manusia?

“Sesungguhnya Aku Utuskan Untuk Menyempurnakan Akhlak Yang Soleh”

Sampai bila kita mahu jadi seperti Robot Vice Resort?

Jamal Rafaie
Kuala Selangor

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);