browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Teruskan GST Walau Dibantah, Ambil Iktibar Pembinaan Putrajaya

Posted by on March 11, 2015

gst

1. Dalam beberapa minggu sebelum pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kerajaan diasak sebegitu kuat dari segenap arah.

2. Pembangkang pastilah berfungsi negatif dengan menghasut rakyat untuk membenci apa sahaja walaupun yang dihidangkan itu fakta yang salah. Saya perhatikan, banyak hujah-hujah yang hanya bersifat persepsi negatif berbanding hujah-hujah penambahbaikan jika ada sebarang kekurangan.

3. Saya berharap kerajaan tidak menarik hand-brake setelah memulakan perjalanan bertahun lamanya. Destinasi 1 April 2015 sudah semakin dekat, jangan berhenti!

4. Kita perlu mengambil iktibar sewaktu kerajaan di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir mula membina Putrajaya. Pembangkang dengan sifatnya yang sama iaitu menyebarkan mesej negatif, mengatakan kerajaan membazir duit rakyat membina pusat pentadbiran kerajaan yang baharu.

5. Hari ini, Putrajaya tersergam indah dengan bangunan yang cantik serta tergolong sebagai pusat pentadbiran kerajaan tercanggih di dunia. Pembangkang jadi rambang mata dan mahu merampasnya. Inilah yang dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu berkuasa walaupun sekarang ada dengar-dengar bahawa beliau sendiri mengkritik GST.

6. Apa yang dikatakan oleh pembangkang dulu memalukan diri sendiri. Hari ini mereka berebut-rebut menguasai Putrajaya sedangkan dulu kata membazir, tidakkah itu memalukan?

7. Kita tidak katalah GST satu sistem yang tiada cela. Tetapi ia adalah satu sistem percukaian terbaik buat masa ini yang digunapakai seantero dunia. Jika ianya bertujuan untuk penambahbaikan negara, mengapa kita perlu menentang?

8. Ada masalah pada permulaan pelaksanaan itu biasa. Kita yang baru berumahtangga pun, pasti ambil masa untuk menyesuaikan diri menjadi suami atau isteri. Inikan pula sistem kenegaraan yang melibatkan banyak golongan dan banyak ragam.

9. Rakyat juga perlu buka mata, Pakatan Rakyat yang menguasai beberapa buah negeri tidak pula menghapuskan cukai. Cukai tetap menjadi sumber kewangan bagi mengoperasikan kerajaan. Mereka tidak ubah apa-apa malah meneruskan dasar yang ditulis oleh kerajaan yang sebelumnya. Malah, ada tindakan yang lebih drastik diambil terhadap pembayar cukai, berbanding kerajaan sebelumnya.

10. Jika anda menyokong pembangkang kerana menentang GST, anda silap dan jangan tertipu. Mereka tahu GST bagus, cuma hanya guna isu untuk ke Putrajaya!

11. Kerajaan perlu tetapkan pendirian. Suatu hari nanti jika GST ternyata memberi banyak kebaikan, semua orang akan terdiam. Jika ada kekurangan, jangan malu untuk perbaiki semula.

Jamal Rafaie
11 Mac 2015
Kota Kinabalu, Sabah

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);