browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

ULASAN : Buku Keldai Dan Kitab

Posted by on May 20, 2015

image

Kita sering menyangka bahawa suara majoriti semestinya betul. Apa yang dikatakan oleh ramai orang, selalunya turut dikatakan oleh kita untuk menjaga prestasi kita agar tidak dituduh melawan arus.

Tidak kiralah perkara itu adalah benar atau tidak, prinsip “Bercakap Benar Walaupun Pahit” memang pahit untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Itulah yang digambarkan oleh penulisnya Azman Hussin menerusi buku terbaharunya berjudul Keldai Dan Kitab. Tajuk bukunya penuh dengan sindiran membina kepada masyarakat.

Menerusi nukilan ini, pembaca seolah-olah sudah lama terfikir di benak fikiran tentang sesuatu perkara tetapi tidak tahu bagaimana mahu menulisnya, dan Azman Hussin menuliskan untuk kita dalam Keldai dan Kitab!

Buku ini mengisahkan tentang sudut pandang terhadap masyarakat, politik, agama, negara, dan dunia. Perkara yang dibincangkan di luar cakap-cakap kebanyakan orang di antara kita, memang melawan arus.

Contohnya, dalam soal menegur kerajaan yang sering dituduh dan dinampakkan seolah-olah tiada langsung kebaikan yang diberikan kerajaan kepada rakyat, itu cakap kebiasaan rakyat pada hari ini.

Saya tertarik dengan kata-kata Azman Hussin di kulit bukunya ;

“Kalau pada masa dahulu menentang establishment seperti kerajaan adalah satu tindakan melawan arus, tetapi pada hari ini ia adalah suatu sikap umum yang biasa.

Maka, saya fikir sayalah sebenarnya penentang establishment pada hari ini, iaitu memecahkan blok-blok pandangan yang telah kukuh di dalam masyarakat, misalnya pandangan bahawa kerajaan zalim dan perlu dijatuhkan. Saya mungkin bersetuju dengan pendapat bahawa kerajaan hari banyak menyeleweng, tetapi cara saya melawan adalah berbeza. Saya ada hujah-hujah saya mengapa saya memiliki pandangan yang berbeza ini.”

Berdiri teguh di belakang kerajaan tidak bermakna bersikap “Yes Man”, atau melihat semua yang kerajaan buat adalah betul. Namun, pendokong kerajaan sering mendapat layanan “kelas dua” oleh kebanyakkan orang yang menentang kerajaan sebagai pencacai dan penjilat.

Azman Hussin menerangkan perkara ini ; yang mana menentang kerajaan lebih mendatang mudarat kepada negara kerana musuh akan menggunakan sentimen ‘benci kerajaan’ untuk menjatuhkan institusi dan menjajah sesebuah negara dengan menguasai politik negara yang disasar. Malaysia, tidak terkecuali dari negara-negara disasarkan untuk dikuasai oleh pihak asing.

Ianya dapat dibuktikan apabila revolusi jalanan dicetuskan ketika peristiwa Arab Spring di Timur Tengah. Dendamnya rakyat terhadap pemerintah yang zalim digunakan oleh pihak tertentu untuk mengusai politik negara Arab secara sedar ataupun tidak sedar. Akhirnya, apakah yang terjadi kepada negara-negara Arab yang bergolak dan berjaya menjatuhkan pemimpin yang dikatakan zalim oleh rakyatnya sendiri? Keadaan semakin menyedihkan dan datang pula pemimpin yang lebih zalim.

Oleh kerana itu, menegur penyelewengan kerajaan tidak boleh dilakukan secara revolusi jalanan kerana mudaratnya lebih besar. Bayangkan, bagaimana negara hendak menjadi lebih baik jika yang menjatuhkannya adalah rakyat yang tergolong dalam golongan rosak akhlak dan tamak? Dikhuatiri, kuasa politik yang dipimpin oleh pemimpin yang baik secara dasar tetapi bermasalah, diganti dengan pemimpin yang secara prinsipnya sudah silap.

Kerajaan boleh ditegur tetapi perlu disokong, menjaga institusi lebih penting daripada memenangkan pemimpin popular tetapi khuatir lebih mudarat kepada kedaulatan negara.

BAGAIMANA MINORITI MENGALAHKAN MAJORITI

Kita sering dimomokkan bahawa majoriti sentiasa menang kerana kebiasaan yang terjadi adalah banyak dapat mengalahkan yang sikit.

Benarkah begitu?

Dalam seni berpolitik, semuanya tidak mustahil. Golongan yang sedikit dapat mengalahkan majoriti jika yang banyak sudah dipecahkah sedikit demi sedikit.
Sebatang lidi yang kecil tidak kukuh melainkan jika sebatang penyapu diikat melalui genggaman lidi. Dan sebatang pokok yang besar boleh tumpang disebabkan gerakan anai-anai yang kecil.

Dalam Keldai Dan Kitab, penulis membicarakan tentang pentingnya perpaduan dan kesefahaman. Tiada gunanya ahli yang ramai tetapi tidak berpadu. Buanglah sifat-sifat dendam kesumat padahal pihak sebaliknya dapat bersatu walaupun mereka ada yang tidak suka di antara satu sama lain.

Apa yang penting bukanlah individu, tetapi kepentingan kelompok kerana melalui kepentingan kelompok dapat memberikan ruang yang lebih baik terhadap kepentingan peribadi secara tidak langsung.

Inilah perkara yang ditulis melalui pemikiran dari sisi lain atau pemikiran melawan arus. Membaca Keldai dan Kitab membuatkan kita berfikir dan membacanya lebih dari sekali.

– Jamal Rafaie Jakiran

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);