browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KE ARAH PENGUNDI YANG BIJAK DAN MATANG

Posted by on May 8, 2016

1. Sejurus sahaja keputusan PRN Sarawak diumumkan dengan kemenangan besar BN, begitu banyak komen menghina pengundi Sarawak dengan gelaran “Bodoh” dan “Dibeli” oleh penyokong pembangkang.

2. Ternyata, ia telah melanggar prinsip “Suara Rakyat” yang telah dilaung-laungkan pembangkang selama ini yang mana rakyat mempunyai hak untuk memilih kerajaan.

3. Digambarkan ; Hanya apabila kemenangan berpihak kepada mereka (pembangkang), rakyat dikatakan bijak. Apabila sebaliknya, rakyat dikatakan bodoh dan dibeli.

4. Jadinya, bagaimana menunjukkan sama ada seorang pengundi itu bijak atau bodoh?

5. Pada pandangan saya, tidak kira pemimpin parti mana sekalipun, mereka itu manusia dan PASTI tidak sempurna dan PASTI ada kekurangan.

6. Jika dikatakan bahawa imej DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN diserang begitu buruk, apakah pemimpin pembangkang pula begitu sempurna? Adakah dengan menukar Perdana Menteri atau menukar kerajaan akan membawa kesempurnaan dalam hidup?

7. Di sinilah peranan pengundi diuji untuk memilih parti mana yang paling layak mengemudi kerajaan, negeri dan negara.

8. Saya sebagai pengundi muda, keputusan untuk mengundi parti mana terletak kepada prinsip dan halatuju sesuatu parti. Faktor pemimpin bukanlah faktor utama kerana pemimpin datang dan pergi. Memenangkan parti yang dipilih adalah keperluan untuk dasar parti dijalankan sebagai pemerintah. Dan pemimpin yang mendokong parti wajiblah melaksanakan prinsip dan inspirasi parti yang diwakilinya.

9. Sehingga ke hari ini, saya memilih Barisan Nasional sebagai parti pilihan saya untuk menjadi kerajaan. Walaupun terpalit dengan pelbagai tuduhan skandal dan serangan peribadi terhadap pemimpinnya, saya melihat BN terus relevan sebagai parti yang mampu memberikan keadilan kepada semua rakyat Malaysia.

10. Berbanding parti pembangkang, mereka ibarat sebuah pakatan kongsi gelap yang bersatu untuk melawan pihak berkuasa, selepas pihak berkuasa berjaya dikalahkan, mereka akan menuntut kemahuan mereka daripada sekutu mereka dan akhirnya berseteru sesama sendiri. Tidak relevan memilih pembangkang yang tidak stabil dan gagal bertanding dalam Pilihanraya di bawah SATU BENDERA seperti mana BN.

11. Barisan Nasional adalah satu gabungan parti-parti komponen yang mewakili semua kaum di Malaysia. Ia membawa erti keadilan dan kestabilan kepada rakyat Malaysia. Tidak kira parti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PBB, SUPP dan parti komponen yang lain, apabila bertanding akan mengguna Logo Dacing dan akan mentadbir secara inklusif serta mengambil kira kepentingan semua pihak semasa mentadbir negara.

12. Tak suka BN hanya kerana imej Najib Razak dan Rosmah Mansor? Bukalah mata, Perdana Menteri sebelum-sebelum ini pun, siapa yang tidak dikutuk orang? Ia adalah amalan biasa propanganda politik iaitu “Pemusnahan Karakter Pemimpin Utama”.

13. Tak suka BN kerana GST? Sudah tentukah GST/cukai akan terhapus sekiranya pembangkang diberi mandat? Bukalah mata dengan melihat kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat/Harapan, sudahkah cukai terhapus di negeri itu? Atau cukai mereka semakin naik? Fikirkan. Pembangkang hanya menggunakan isu itu untuk mendapatkan sokongan semata-mata.

14. Siapa bijak siapa bodoh? Jawapannya, pengundi muda harus memilih dengan rasional. Bukan kerana kemarahan tetapi dengan kematangan.

  – Jamal Rafaie Jakiran

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);