• Bicara Siasah

    Golongan Yang Telah ‘Hilang’

    Sebelum PRU14, saya mempunyai ramai rakan-rakan yang tanpa segan silu, mengutuk kerajaan Barisan Nasional di media sosial ataupun di dunia sebenar. Katanya, kehidupan mereka susah kerana BN. BN dikatakan sebagai korup, salah guna kuasa, kuat rasuah, serta terlalu lama memerintah. Dikatakan juga BN sebagai punca harga barang naik, ekonomi merudum, ringgit jatuh harga dan dituduh menjual negara kepada China. Tidak dinafikan, itulah yang sering mereka laung-laungkan sebagai alasan untuk menukar kerajaan. Disebut-sebut berulang kali sehinggalah mereka berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi terutamanya orang muda untuk mengundi Pakatan Harapan. Dengan Harapan, mereka akan mendapat kerajaan yang sempurna yang akan memberikan mereka kehidupan yang umpama syurga. Siapa yang tidak mahu? Pendidikan percuma, hutang PTPTN…