• Bercakap Dengan Jin,  Rawatan Islam

    [MISTIK] : Mimpi Beruk Menunggang Basikal

    Apa kena mengena beruk dengan kisah ini? Kisah ini saya dengar daripada kenalan saya sendiri berdasarkan pengalamannya yang mengalami kejadian pelik: Sudah seminggu Pak Din (bukan nama sebenar) demam. Seminggu juga beliau tidak dapat bekerja. Apabila demam sudah lama berlarutan, timbul rasa kerisauan daripada ahli keluarga dan membawa Pak Din ke Hospital Sungai Buloh. Biasalah, demam yang sudah berlarutan lebih daripada 3 hari boleh disebabkan penyakit yang merbahaya. Malang tidak berbau, jika tidak bertindak awal buruk padahnya! Di Hospital Sungai Buloh, Doktor melakukan pemeriksaan. Keputusan awal, tidak ada apa-apa penyakit yang dikesan melainkan demam biasa sahaja. Apa pun ianya akan bergantung kepada keputusan ujian darah yang akan dijalankan kelak. Apa…

  • Bercakap Dengan Jin,  Kisah Teladan,  Rawatan Islam

    KISAH SERAM : Siapa Tengku Khairuddin Di Gua Musang?

    Kisah ini berlaku ketika Ustaz Nabil Mahathir, isteri dan pembantunya, Encik Shamsol dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang. Perjalanan melalui jalan Gua Musang sememangnya mencabar. Jalannya yang sunyi dan dikelilingi hutan belantara adalah satu ‘keseraman’ kepada para pemandu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Tetapi kisah ini dikisahkan kepada saya, berlaku pada waktu siang! Sewaktu mereka sampai di suatu tempat, ditakdirkan tayar kereta Myvi yang mereka naiki pancit dan terpaksa berhenti di tepi jalan. Encik Shamsol menggalas tanggungjawab untuk menukar tayar spare. Tayar dikeluarkan daripada Boot kereta dan Ustaz Nabil cuba membantunya. Dalam masa tidak berapa lama selepas itu, ada sebuah lagi kereta berjenis Waja juga berhenti di…