• Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM

    Peminat Tun Mahathir Dan Pemuja Mahafiraun

    Saya mulakan artikel pertama untuk tahun 2018 dengan satu kisah lucu, sekurang-kurangnya lucu kepada diri saya. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir, bagaimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1998 oleh Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri dan keluar pada tahun 2018 pun masih orang yang sama sebagai Perdana Menteri. Saya percaya sebenarnya ramai yang bingung tentang hal ini iaitu untuk apa perseteruan 20 tahun lalu antara mereka berdua jika kesudahannya orang yang sama akhirnya bekerjasama. Dalam ucapan Anwar baru-baru ini sering menyebut ayat “perjuangan 20 tahun kita berhasil” adalah untuk siapa sebenarnya? Laungan Undur Mahathir Negara Ok (UMNO) suatu masa dahulu untuk apa? Tidak masuk…

  • Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM

    Tun M, Lee Kuan Yew & Najib Razak

    Di Singapura, Lee Kuan Yew dilantik menjadi Menteri Mentor dan jawatan PM Singapura diambil alih oleh anaknya sendiri. Tiada kedengaran sangat isu Kroni dan Nepotisme. Parti PAP juga tak pernah kalah dalam PRU. Maknanya, kroni ke, nepotisme ke, BUKAN satu MASALAH BESAR dalam politik. Janji pandai mengurus negara dan tidak menekan rakyat. Rakyat tak ambil kisah pun. ——————– Zaman Tun M, beliau juga mempunyai Kumpulan Pemikir sendiri. Tun M sedar bahawa beliau BUKAN ahli DALAM SEMUA BIDANG. Maka, diambilnya Tun Daim sebagai kawan rapat yang membantu dalam bidang ekonomi. Juga membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO kerana dilihat Anwar mempunyai pengaruh yang besar ke atas akar umbi. Tun M…

  • Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Perspektif

    Tun M : Kos Kerajaan

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah penasihat terbaik negara, tidak perlu kerajaan bayar konsultan berbillion ringgit yang tak pernah sertai politik. Mereka itu tiada political mileage dan hanya tahu bagaimana untuk mendapat duit yang banyak untuk menampung kenaikan kos yang kerajaan tanggung. Kita harus ingat, kerajaan berurusan dengan rakyat bukan berurusan dengan pelanggan. Kocek kena jaga sebab undi lebih penting daripada puji-pujian) KOS KERAJAAN 1. Kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa wang. Kerajaan perlu bayar ramai orang yang bekerja untuk kerajaan. Kerajaan juga membekalkan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang kerajaan turut bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu kerajaan berperanan mempertahankan negara…

  • Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Perspektif,  Tongkat Bangsaku

    Flashmob, Malas & Sara Hidup

    Saya sebenarnya meluat dengan flashmob. Kata “rakyat membantah”, tapi bila tengok muka. Emmm.. Orang yang sama juga, parti yang sama juga. Orang seperti ini memang sentiasa tak berpuas hati. “Orang naik kape terebang, awok dalam selimut”. Kita ini terlalu manja, tidak seperti Jepun. Di Jepun apabila rakyatnya rasa tertekan dengan kos sara hidup, mereka akan MENAIKAN daya usaha mereka. Para pekerja semakin kuat bekerja, daya kreativiti semakin tinggi. Lepas produktiviti dan untung syarikat naik, lepas tu barulah mereka buat flashmob suruh naikan gaji. Bayangkan kalau orang Jepun pemalas, mungkin Hiroshima Nagasaki masih belum dimajukan lagi! Kita di Malaysia ni pemalas. Semua nak hidup dalam keadaan selesa dan sama sepanjang waktu,…

  • Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Info

    Rahsia Buku Kecil Tun Mahathir

    Apa yang ada dengan buku nota yang selalu diselit di dalam kocek baju? Mungkin nampak murah sekadar berharga 50 sen. Tahukah kita bahawa kebanyakan idea-idea mega Tun Mahathir membangunkan negara dicatit di dalam buku nota kecil yang mungkin tidak mahal itu? Tun Mahathir ketika sampai di Dallas Fort International Airport di US, beliau diberitahu oleh pegawai US ; “Ini adalah airport terbesar di dunia!”. Tun Mahathir mencapai buku kecilnya dan menulis ; “KEDUA TERBESAR DI DUNIA”. Semasa melawat Willis Tower yang ketika itu adalah bangunan tertinggi di dunia. Tun Mahathir menulis dalam buku kecilnya ; “KEDUA TERTINGGI DI DUNIA” Sewaktu Tun M melawat Perancis dan difahamkan bangunan telekom di sana…

  • Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Info

    Apa Itu G-8, G-15 & Kumpulan 77?

    “Pada persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade tahun 1989, Setiausaha Agung Komenwel Sir Shridath Ramphal menemui saya bagi membincangkan penubuhan sebuah kumpulan kecil yang lebih berkesan di kalangan negara-negara membangun. Beliau juga menemui lima atau enam pemimpin Amerika Selatan, Afrika dan Asia. Kumpulan NAM terlalu besar. Pada persidangan dwi-tahunannya, pemimpin-pemimpin telah membuat kenyataan negara, tetapi ia gagal menangani secara berkesan masalah yang dihadapi oleh negara Selatan. Jadi, Sir Shridath cadangkan sekumpulan 15 negara membangun dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan mungkin boleh berbincang dengan lebih mendalam mengenai masalah negara membangun dan mungkin juga mengadakan dialog dengan negara perindustrian paling maju dalam G-7 (kini G-8). Saya sukakan idea beliau dan…

  • DOKTOR UMUM

    Kenapa Semua Berebut Nak Jawatan?

    Mungkin saya sudah mendapat jawapan mengapa UMNO yang dahulunya adalah sebuah parti kuat disokong Melayu, tetapi hari ini berlainan kisahnya. Bacalah petikan yang saya ambil daripada buku “DOKTOR UMUM : MEMOIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD”, m/s 296-297. Sebelum ini, orang Melayu keberatan dicalonkan, termasuklah untuk bertanding kerusi Parlimen atas alasan mereka tidak layak. Sikap merendah diri ini tidak kekal lama. Hanya sehingga disedari menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan memberi peluang kepada seseorang itu bukan sahaja mendapat gelaran Yang Berhormat, tetapi juga memperoleh elaun walaupun tidak mempunyai apa-apa kelayakan. Maka bermulalah perebutan. Untuk menjadi budak pejabat pun memerlukan kelayakan akademik. Bagaimanapun, untuk menjadi Wakil Rakyat yang menggubal…