• Bicara Siasah,  Info,  Kisah Teladan,  Tongkat Bangsaku

    HUSSEIN ONN : PENYELAMAT KRISIS BERAS 1973

    Pada awal tahun 1973, Malaysia mengalami krisis beras yang meresahkan semua pihak. Ketika itu, Malaysia bergantung kepada import beras asing sebanyak 10 hingga 20 peratus atau 100,000 hingga 200,000 tan setahun yang diperolehi dari negara Thailand dan China. Krisis ini mula berlaku apabila Kerajaan Thailand melarang pengeksportan beras keluar dari negara mereka dan mengenakan kouta sebanyak 3,900 tan untuk dijual kepada Malaysia sedangkan keperluan negara untuk Semenanjung Tanah Melayu sahaja adalah sebanyak 30,000 tan beras dalam tempoh masa tertentu. Krisis ini sebenarnya melibatkan seluruh dunia apabila negara-negara pengeluar beras dunia seperti Thailand, Indonesia, India dan Bangladesh mengalami cuaca kemarau dan ribut taufan melanda negara Filipina. Ditambah pula dengan kemerosotan 10…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Tongkat Bangsaku

    Jadi Hero Tidak Diundang

    Ada Orang Bandar, datang ke satu kampung. Tiba-tiba terhidu bau lembu yang baginya kurang menyenangkan. Beliau memerhati di sekeliling dan mendapati ada kandang lembu di belakang sebuah rumah penduduk kampung. “Mengapa pemilik kandang lembu tu tak buat kandang jauh-jauh? Bukan ke bau lembu ni mengganggu penduduk-penduduk DI SINI?”, katanya ibarat pemimpin sebuah parti politik pembangkang. Hidup YB! Saya tersenyum sahaja. Dia tidak tahu, semua lembu-lembu itu dimiliki oleh penduduk-penduduk di situ. Sudah bertahun lama mereka hidup begitu, tidak pernah pula mendengar aduan bau lembu mengganggu kehidupan mereka. Tiba-tiba, orang luar pula yang sibuk-sibuk nak jadi hero. Yang sebenarnya ORANG LUAR itu tadi bercakap atas kapasiti ‘hidung’nya sahaja, bukan sebab rakyat…

  • Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    DAP Rasis, PAS Bila Nak Sedar?

    Orang Cina dah buktikan mereka mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Buktinya, macam mana DAP boleh hilang 7000+ majoriti di Teluk Intan padahal baru setahun PRU13 berlalu hanya kerana calon DAP seorang Melayu? Tetapi malangnya orang Melayu masih mahu bermusuhan dan berdendam disebabkan politik. Umno menerima kaum Cina melalui MCA dan Gerakan atas sifat Barisan Nasional, kot mana pun, In Shaa Allah Umno adalah tonggak dalam BN dan orang bukan Islam & Melayu akur dengan kepimpinan Melayu. Namun, dalam PR belum tentu. Walaupun semua kaum ada dalam PR tetapi sah dan terbukti bahawa DAP yang majoritinya Cina menguasai gabungan politik tersebut. Anwar Ibrahim seorang Melayu hanya boneka semata-mata mengisi kouta Melayu…

  • Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    DAP Amalkan Komunisme Tipu Melayu

    Ini tahun 1965. Di mana Lee Kuan Yew, pemimpin People Action Party (PAP) berkempen di kalangan orang Melayu dengan memakai songkok. Bangsa kita terkenal dengan sifat kasihan dan mudah percaya. Apabila Kuan Yew pakai songkok, ya! Nampak tak PAP pun perjuangkan Melayu dan Islam? Saya sangat sedih, bahawa orang kita tidak membuka lembaran terdahulu dan pemimpin mereka sehingga sekarang masih orang yang sama, kita masih mudah terpedaya. Di pentas PAS menyebut ayat Quran, bertakbir!! Juga freehair memakai tudung di pentas PAS, dia sudah insaf.. Itulah lumrahnya. Ini bukan soal strategi, bukan soal siapa calon, ianya soal ideologi. Ideologi Komunis tetap kita tidak boleh menerimanya. Orang Melayu dalam ideologi Komunis bukan…

  • Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    Kalau Kita Jadi Najib

    Ramai yang kata; DS Najib tak pernah susah, tak pernah naik lif sesak-sesak, tak pernah bayar minyak. Tapi jarang kita fikir apa ye yang seorang Perdana Menteri rasa? 1. Bila bercakap, semua diputar belitkan. 2. Tidak bercakap, merahsiakan sesuatu. 3. Tarik subsidi, dikata zalim. 4. Diberi BR1M, kata tak patut membazir. 5. Umum peruntukan Bumiputera, rasis. 6. Tolong Cina India, tak ada semangat Melayu. 7. Cakap intelektual, orang tak faham. 8. Cakap gaya kampung, dikangkungkannya. 9. Guna kereta rasmi, bazir duit kerajaan. 10. Guna kereta sendiri, kereta Obama hebat giler. 11. Bila berlembut, nampak lemah. 12. Bila tegas, tak berhati perut. 13. Umum dasar, ikut cakap penasihat. 14. Lantik seseorang,…

  • Bicara Siasah,  Kisah Teladan,  Tongkat Bangsaku

    Mengapa Melayu Perlu Marah?

    Pendapat saya, orang Melayu marah apabila hak istimewa kita dipertikai dan ditarik sedikit demi sedikit. Tetapi sewaktu masa kuat dahulu, berapa ramai yang gunakan peluang yang diberi dengan sebaiknya? Diberi pinjaman perniagaan khas Bumiputera, duit itu buat pergi joli. Orang suruh kembang perniagaan, dia pergi beli TV Plasma. Diberi bantuan alatan perniagaan, dijualnya buat beli kereta baru (walaupun second hand). Diberi saham percuma, jual saham ramai-ramai untuk dapat keuntungan segera. Dapat projek di’Ali Baba’kan. Tahu dapat projek makan komisen. Minta bantuan bayar tunggakan bil elektrik, dapat duit pergi tukar Sport Rim. Bulan depan minta bantuan lagi. Dapat bantuan pendidikan, asal ada demo semua pergi berguling. Sorang Melayu kaya, semua dengki…

  • Bicara Siasah,  Dakwah,  Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah,  Tongkat Bangsaku

    100 Ringgit Untuk Siapa?

    Ini kisah tahun 70-an dulu. Ada seorang tua yang warak di Kuang Selangor yang sangat rajin membantu orang ramai. Satu hari, apabila selesai membantu sebuah keluarga, beliau menerima duit upah daripada tuan rumah ; “Tuan.. Nah saya bagi 20 Ringgit, buat tambang bas untuk pulang ke rumah”. Orang Tua itu pun pulang dengan menaiki bas untuk pulang ke rumah. Tiba sahaja di destinasi, Orang Tua itu memberikan 20 ringgit kepada konduktor bas. “Pakcik.. Tambang bas 20 sen sahaja pakcik. 20 ringgit ni banyak sangat. 20 sen pakcik bukan 20 ringgit”, kata konduktor bas. “Aku diberi wang ini oleh seseorang untuk tambang bas. Dia bagi aku 20 ringgit, aku kena bagi…

  • Bicara Siasah,  Dakwah,  Tongkat Bangsaku

    Kerana Islam Adalah Agama RASMI

    Orang Melayu terkenal dengan tolak ansurnya. Kita berjaya mengekalkan keharmonian dengan cara memberi ruang kepada bangsa atau agama lain mengamalkan agama mereka secara bebas. Kerana itulah rakyat Malaysia tidak kira agama berasa selamat untuk beribadat mengikut ajaran agama masing-masing. Malaysia meletakkan ISLAM sebagai agama RASMI PERSEKUTUAN. Sudah nama pun rasmi, maka pasti ada HAK dan KEISTIMEWAAN yang tersendiri. Kita dapat melihat, banyaknya program keagamaan Islam di televisyen, forum perdana secara terbuka, sekolah agama, dan kita mempunyai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan-jabatan agama Islam di setiap negeri. Malah, kerajaan juga boleh menggunakan duit perbendaharaan negara untuk menggajikan guru-guru J-QAF atas permintaan Majlis Raja-Raja Melayu manakala Masjid dan AJK menerima…