• Bicara Siasah,  Buku Aku Juga Rakyat

    “WAKIL RAKYAT” SEKADAR WAKIL ATAU PEMBINA MASYARAKAT?

    Semua orang tahu, untuk menjadi wakil rakyat tidak kira di peringkat Negeri atau Persekutuan memerlukan kemenangan majoriti walaupun satu undi dalam Pilihan Raya. Untuk mendapat undi, ia perlu di”pangkah” oleh pengundi. Pengundi pula siapa? Ia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, umur, golongan pekerjaan, parti politik atau pelbagai ideologi. Bukan sebegitu mudah untuk mendapat sokongan semua pihak. Tidak pernah dalam sejarah seorang calon itu mendapat 100% undi daripada jumlah pengundi berdaftar, agak mustahil. Kerana itulah konsep majoriti digunapakai untuk menentukan pemenang sekaligus terpilih sebagai Wakil Rakyat bagi suatu kawasan. Share

  • Bicara Siasah,  Buku Aku Juga Rakyat,  Rencah

    Pilih Hang Tuah Atau Hang Jebat?

    Pada pandangan mata kasar dan kebiasaan gerakan politik dan masyarakat di dunia; gerakan gerila, demonstrasi jalanan, rapat umum, dan tangkapan ketua reformis oleh pihak berkuasa adalah satu ‘perjuangan tulen’. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang berkata bahawa Hang Jebat adalah benar kerana melawan pemerintah (Sultan Melaka). Mogok, membunuh dan cubaan merampas kuasa adalah lambang ‘perjuangan tulen’ Hang Jebat seperti yang dianuti oleh sesetengah golongan. Al-Kisah Tuanku Sultan Melaka murka dengan Hang Tuah kerana dituduh bermukah dengan dayang istana yang juga kekasih Tuah bernama Melor. Sebenarnya, Hang Tuah telah terperangkap dengan permainan Dato’ Pateh Karma Wijaya yang cemburu dengan prestasi Tuah kerana disayang oleh Sultan berbanding Dato’-Dato’ yang lain. Share