Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali Radhiallahu An’hu, Nabi Muhammad Sholallahu A’laihi Wasallam bersabda bahawa, “Terdapat 3 golongan dari umatku yang akan dimasukkan ke dalam neraka selama 7 kali umur dunia”.
Siapakah yang tergolong di dalam golongan yang disebutkan oleh Rasulullah itu? Mereka ialah :
Orang Gemuk Tetapi Kurus
Orang Berpakaian Tetapi Bertelanjang
Orang A’lim Tetapi Jahil
Apakah huraian tentang golongan di atas? Mari kita dengar sedutan ceramah daripada Ustaz Muhammad Kazim Elias tentang perkara di atas. Insya-Allah. [KLIK SINI]
P/S :Saya berhasrat untuk menerbitkan seberapa banyak sedutan ceramah untuk kebaikkan bersama.Semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang membantu agama Allah. Ameen.
Semangat untuk mempromosikan kepada orang lain - Gambar Hiasan
Saya ke sebuah Universiti bersama UNIC untuk membuat persembahan sempena majlis konvokesyen kampus tersebut.
Setiap kali Pesta Konvo, pastinya diadakan juga Karnival jualan dan pameran oleh Universiti. Saya turut mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar karnival itu dan terjadilah sebuah cerita.
“Awak student ke?”, saya bertanya kepada seorang peniaga wanita di karnival itu.
Gerainya menjual barangan aksesori wanita seperti beg, alatan solekan wanita, baju dan lain-lain lagi.
“Ye saya, saya student sini”, beliau menjawab.
“Oo. Minat jual barang-barang macam ni ke?”, saya bertanya lagi.
“Bukan saya minat menjadi peniaga, tapi sebab saya nak promosikan kepada orang lain. Saya suka bersolek dan bergaya dengan barang-barang macam ni. Saya jual barang-barang ni sebab saya nak orang lain jadi macam saya juga”, beliau menerangkan.
Saya berpeluang bersama Saudara Fakhrul Radhi UNIC mengikuti penggambaran program terbaru TV3 yang bakal ditayangkan pada bulan Oktober nanti. Program baru ini diberi nama GPSiman.
Program ini berbentuk program realiti di mana setiap minggu team GPSiman akan berkunjung dari satu tempat ke satu tempat untuk beramah-mesra bersama penduduk setempat.
Apa yang menariknya tentang program ini, program ini adalah satu program berunsur dakwah dan akan ditemani oleh sekumpulan BIKERS motorsikal berkuasa tinggi yang akan turut serta dalam pengembaraan ini.
.
Apabila hampir ke sesuatu peperiksaan, guru-guru sibuk membuat program pecutan terakhir untuk para pelajarnya. Pelajar lebih-lebih lagi berusaha dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan itu!
Begitu juga dengan setiap umat Islam, setiap tahun Allah Subhanahu Wa Taa’la memberi kita ujian yang berbentuk kesabaran berpuasa tetapi diberinya banyak nikmat dan fadhilat di sebalik bulan Ramadan Yang Berkat itu.
Mari kita membaca sebuah hadith yang dipetik dari Kitab Fadhail Amal karangan Shaikhrul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih. Kata pengarang, hadis ini terdapat perselisihan di kalangan para perawi hadis tentang periwayatnya. Namun, hadis ini masih boleh diterima kerana ianya berkenaan hadis fadhail (kelebihan) dan kebanyakkan isi hadis ini disokong oleh riwayat hadis yang lain. Wallahua’lam.