• Family,  Rencah,  Review,  Tinta ADMIN

    I.B.U : Ibu, Bonda, Ummi

    Tahun ini unik, hari Ibu jatuh pada 12 Mei 2013. Saya juga dilahirkan pada tarikh yang sama! 12 Mei 1989 adalah tarikh saya dilahirkan di Hospital Klang oleh ibu saya yang tercinta, Rafeah Binti Hassan. Sukar untuk saya menulis, apatah lagi untuk mengungkapkannya kepada ibu yang saya panggil MAMA. Namun, saya teringat dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 2001. Ketika itu saya masih berada di bangku sekolah rendah. Saya dan rakan-rakan dihantar oleh pihak sekolah ke satu kem bagi murid-murid yang bakal menduduki Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Program tersebut bertujuan memberi semangat kepada kami murid-murid agar tidak gentar dengan peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Share

  • Family,  Perspektif,  Review,  Tinta ADMIN

    RAYA : Adakah Tidak Semeriah Dahulu?

    “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar” Setiap rumah di kampung bergema dengan takbir raya. Kehadiran kumpulan Baraan di rumah menghidupkan suasana malam raya dengan Takbir dan membesarkan Ilahi. Suasana itu cukup harmoni, disamping kita ghairah membuat persiapan berhari raya, malam itu diselangi pula dengan sunnah Nabi iaitu bertasbih, bertahmid, dan bertakbir kepada Allah tanda kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Mercun pula berdentum di sana sini. Masih teringat lagi, Bapak membeli mercun sehingga penuh bonet keretanya. Puas kami sekeluarga bermain mercun pada malam itu. Di dalam rumah pula sibuk mengayam ketupat dan memasak kuah kacang untuk santapan di pagi raya, kadang-kadang malam itu juga ketupat dah dibedalnya. Share

  • Family,  Motivasi

    “SAYA DAH KAYA, TAK PAYAH LAGI BAGI DUIT RAYA”

    “Assalamualaikummm… Kami datang nak beraya ni abang!” Di pagi Syawal, satu kumpulan kanak-kanak datang ke rumah. Belum pun Solat Sunat Aidilfitri berlangsung dan kaum Muslimin pergi ke Masjid, mereka sudah terjogok di depan pintu! Semangat raya berkobar-kobar jelas terpancar! Maklumlah, kemeriahan hari raya kebanyakkannya kanak-kanak yang lebih merasainya. “Marilah masuk, makan kuih. Nanti makcik buatkan air ye”, Mama saya mempelawa anak-anak kecil sekitar 7-10 tahun itu. Mereka duduk di ruang tamu sambil membuka satu persatu balang kuih yang terhidang. Saya juga berada di situ untuk melayan mereka sebelum ke Masjid. Teringat pula semasa kecil-kecil dahulu. “Abang, kami datang ni bukan nak makan sangat”, tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata kepada…

  • Asmaul Husna,  Family

    TRAGEDI 2 SYAWAL (Kecurian Yang Tidak Disangka)

    Malam itu sambutan Hari Kemerdekaan ke 54. Bunga api meletup di sana sini menggamit perhatian anak-anak kampung. Apa yang tidak sedap dipandang pula, deretan budak-budak muda yang berpeleseran di sana-sini dengan bunyi yang membingitkan! Senang cerita Mat Rempit mengganas tak tentu hala sehingga salah seorang daripada mereka terlibat dalam kemalangan. Tidak mengapa, mereka mati di jalan yang lurus! Kehadiran saudara-mara pada malam itu sangat mengembirakan. Setahun tidak bertemu tiba-tiba berjumpa pastinya banyak cerita yang hendak dikongsi bersama. Saya membawa sepupu ke kedai makan untuk meraikan mereka. Share

  • Aktiviti,  Family,  Tinta ADMIN

    3 TAHUN YANG BERLALU PERGI

    Meronda kampung di suatu petang . Kehidupan di semester terakhir sewaktu belajar UiTM Penang adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. Setelah 5 semester menjadi penghuni di Kolej Zamrud, akhirnya pada semester terakhir saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyewa di luar kampus. Ketika itulah, saya baru merasai erti kehidupan bersama masyarakat sekeliling yang mana terdapatnya seribu onak dan duri. Namun, kehidupan bersama masyarakat di Permatang Pauh dan 3 tahun di UiTM Penang sudah beberapa bulan ditinggalkan. Memori yang tidak dapat dilupakan kerana mengajar erti kedewasaan. 3 tahun yang berlalu pergi meninggalkan diri.. Share

  • Family,  Motivasi,  Review

    21 Di Abad Ke-21

    “GEDEBUSSS” Saya tenggelam di dalam kolah air. Lemas tidak boleh bernafas. Diangkat menghirup nikmat udara, dan dicelup semula ke dalam kolah air itu. Berulang-ulang kali sehingga menangis. Kejamkah? Tidak! Ianya satu pengajaran kepada saya kerana terlalu nakal mengacau adik-adik ketika itu. Akibatnya saya ‘dilemaskan’ di dalam air oleh Pakcik kerana kenakalan saya itu. Saya masih ingat peristiwa itu bukan kerana dendam, tetapi sebagai pengajaran yang mendewasakan saya hingga ke hari ini. Share

  • Family

    Datang Berharap Pulang Berjaya

    Teringat lagi, sekitar bulan Januari 2005, saya dan menghantarnya ke sebuah sekolah sains yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Sekolah itu bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang popular dipanggil SEMASHUR. Selepas seminggu saya menghantarnya, saya pula mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang terletak jauh dari masyarakat pekan, iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (Inter Saber). Tidak lama saya disana, hanya sekitar 2 tahun sahaja, tetapi dua tahun yang sangat bermakna bagi saya. Di sanalah saya belajar erti kehidupan di pertengahan umur remaja sebelum melangkah ke alam dewasa. Bak kata orang “Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan” Tetapi bukan kisah saya yang saya ingin nukilkan di sini. Ianya…

  • Family,  Perspektif,  Rencah

    Tiada Lagi Kasihnya

      Lihatlah gambar bayi di atas. Comel tak? Apa yang ada di sebalik senyuman mereka itu? Kasih sayang, belaian dari seorang ibu dan bapa, itulah di sebalik senyuman itu. Siapalah mereka tanpa ibu dan bapa. Jika tiada kasih dan sayang, pastinya mereka tidak dapat senyum seperti ini. Allah memberi satu nikmat yang istimewa bagi manusia iaitu akal. Apa yang pernah saya dengar daripada ustazah saya, katanya darjat manusia terletak di tengah-tengah antara malaikat dan haiwan. Jika manusia dapat menggunakan akal fikirannya ke arah yang betul, darjatnya akan lebih tinggi dari malaikat. Tetapi, jika manusia menggunakan akalnya ke arah yang tak sepatutnya, mereka ini lebih teruk daripada BINATANG!! Kucing.. Disepak diterajang…