• Imam Muda Musim 3,  Nasyid,  Tinta ADMIN

    Konsert Kecil Harapan Besar! : Malam “Semarak Cinta Rasul”

    Sepanjang penglibatan menguruskan industri hiburan, inilah kali pertama saya menulis sebuah Konsert sendiri yang berdurasi selama 1 jam 30 minit. Apa yang lebih mencabar lagi ialah program ini adalah julung-julung kalinya diadakan di kampung saya! Seperti tahun-tahun sebelum ini, JKKKP kampung saya hanya mengadakan ceramah, perarakan dan pertandingan nasyid apabila tiba sambutan Maulidur Rasul. Idea penggabungan ceramah dan hiburan adalah perkara yang boleh dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. Lahirnya konsep seperti DIKIR ZIKIR di TV Al Hijrah membuka ruang untuk mengembangkan idea gabungan persembahan dakwah tersebut. Share

  • Aktiviti,  Hiburan,  Imam Muda Musim 3,  Imam Muda Musim Ketiga,  Nasyid,  Review

    Review : Album Imam Muda 3 Dilancarkan!

    Album yang dijanjikan Astro untuk Imam Muda Musim Ketiga sudah berada di pasaran dan juga selamat dilancarkan. Majlis Pelancaran diadakan di Grand Saloon, Le Meridien Hotel Kuala Lumpur pada 27 September 2012. Imam Muda hanya dihadiri oleh 5 orang Imam Muda sahaja iaitu IM Hafiz, IM Naufal, IM Faris, IM Nasir dan IM Omar. Mereka juga menyampaikan sebuah lagu yang berjudul SATU ciptaan AG Coco yang turut dimuatkan dalam album tersebut. Share

  • Imam Muda Musim 3,  Imam Muda Musim Ketiga,  Memori Imam Muda 3,  Review,  Tinta ADMIN

    Majlis Resepsi Perkahwinan IMAM MUDA HAFIZ

    Persiapan majlis dirancang sebelum menyertai Imam Muda. Dalam Fakulti Imam Muda, setiap minggu beliau akan menghubungi keluarganya untuk bertanyakan tentang persiapan perkahwinan beliau. Keterbatasan untuk berhubung dan ketidakbolehan menguruskan persiapan perkahwinan semasa berada di dalam fakulti menyebabkan beliau selalu berasa risau. Ditambah pula dengan kursus perkahwinan yang belum dihadirinya lagi! Lagi bertambah risau. Alhamdulillah. IM Hafiz telah mendapat tempat kedua dalam Program Imam Muda Musim Ketiga di belakang IM Jabar dan memori itu telah tersemat dalam perjalanan kehidupannya. Kini, tiba masanya satu lagi memori terpahat dalam sanubarinya, Imam Muda Hafiz menamatkan zaman bujangnya! Share

  • Imam Muda Musim 3,  Imam Muda Musim Ketiga,  Memori Imam Muda 3

    Kontroversi Imam Muda : Idea Asal Milik Siapa?

    Imam Muda sudah lama berakhir. Tiba-tiba timbul semula tentang cerita Imam Muda dalam arus media perdana. Kali ini bukan tentang kejayaan program Imam Muda tetapi tentang kontroversi yang melanda. Siapa sebenarnya yang mencetuskan idea program Imam Muda ini? Saya sebagai bekas krew yang terlibat secara langsung dalam penerbitan Imam Muda pasti terasa apabila isu ini diperkatakan oleh media. Jika halnya elok tidak apa juga, tetapi hal yang tidak sedap didengar menyebabkan panas telinga mendengarnya. Ianya bermula apabila Harian Metro menyiarkan artikel tentang katanya seorang penggiat produksi mendakwa Imam Muda adalah idea beliau tetapi disanggah oleh seorang individu lain dalam JAWI yang turut mengatakan idea Imam Muda sebenarnya ideanya bersama JAWI.…

  • Imam Muda Musim 3

    Medan IM3 Ep. 4 : Perkahwinan & Penceraian?

    [Dipetik dari Laman Web Imam Muda Musim Ketiga] Perkahwinan merupakan salah satu sunnah yang diamalkan oleh junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, dan sangat dianjurkan oleh Islam selain ia juga mempunyai beberapa pembahagian hukum mengikut keadaan seseorang muslim itu. Ia juga merupakan satu jalinan di antara dua orang yang ajnabi yang padanya terdapat seribu keberkatan dan jutaan rahmat. Banyak ayat yang terkandung di dalam Alquran yang menceritakan serba serbi serta adab di dalam berumah tangga, tidak kurang juga dengan hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan-kelebihan serta ajaran dan pesanan yang disampaikan oleh baginda, nabi kita Muhammad S.A.W. Share

  • Imam Muda Musim 3,  Tinta ADMIN

    Selamat Bekerja Team Produksi Imam Muda 3!

    Kesibukan melanda apabila program Imam Muda Musim Ketiga mula bersiaran. Bagai tidak cukup tangan untuk menulis dan melakukan aktiviti sendiri. Termasuk juga dengan blog ini, sudah agak lama tidak disiarkan artikel yang baru. Sibuk menulis skrip sehingga kurang menulis di sini. Apa pun, ianya menjadi cabaran baru buat saya yang pertama kali terlibat di dalam bidang produksi program TV Realiti terutamanya dalam bidang penulisan skrip. Share