• Bicara Siasah,  Dakwah,  Imam Muda Musim Ketiga,  Info,  KEMBARA,  Memori Imam Muda 3,  Motivasi,  Perspektif

    UUM : Our Generation Is Going Down

    Saya berpeluang berjumpa dengan Prof Dr. Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia merangkap Ketua Kluster Politik Majlis Professor Negara ketika mengiringi Imam Muda Jabar dan Bank Islam di sana. Perjumpaan yang hanya sebentar itu sebenarnya memberi banyak pencerahan minda kepada saya. Mendengar sendiri idea daripada seorang Naib Canselor yang pastinya mempunyai banyak pengalaman mengurus dan berdepan dengan generasi Y yang semakin mencabar. “Our Generation is going down”. Itulah antara yang kami bincangkan. Melihat generasi “Y” yang serba canggih dan banyak tuntutannya. Saya juga seorang Mahasiswa dan anggota generasi muda ini, pastinya saya juga mengakui apa yang menjadi masalah kepada golongan pewaris bangsa di masa akan datang. Share

  • Imam Muda Musim 3,  Imam Muda Musim Ketiga,  Memori Imam Muda 3,  Review,  Tinta ADMIN

    Majlis Resepsi Perkahwinan IMAM MUDA HAFIZ

    Persiapan majlis dirancang sebelum menyertai Imam Muda. Dalam Fakulti Imam Muda, setiap minggu beliau akan menghubungi keluarganya untuk bertanyakan tentang persiapan perkahwinan beliau. Keterbatasan untuk berhubung dan ketidakbolehan menguruskan persiapan perkahwinan semasa berada di dalam fakulti menyebabkan beliau selalu berasa risau. Ditambah pula dengan kursus perkahwinan yang belum dihadirinya lagi! Lagi bertambah risau. Alhamdulillah. IM Hafiz telah mendapat tempat kedua dalam Program Imam Muda Musim Ketiga di belakang IM Jabar dan memori itu telah tersemat dalam perjalanan kehidupannya. Kini, tiba masanya satu lagi memori terpahat dalam sanubarinya, Imam Muda Hafiz menamatkan zaman bujangnya! Share

  • Imam Muda Musim 3,  Imam Muda Musim Ketiga,  Memori Imam Muda 3

    Kontroversi Imam Muda : Idea Asal Milik Siapa?

    Imam Muda sudah lama berakhir. Tiba-tiba timbul semula tentang cerita Imam Muda dalam arus media perdana. Kali ini bukan tentang kejayaan program Imam Muda tetapi tentang kontroversi yang melanda. Siapa sebenarnya yang mencetuskan idea program Imam Muda ini? Saya sebagai bekas krew yang terlibat secara langsung dalam penerbitan Imam Muda pasti terasa apabila isu ini diperkatakan oleh media. Jika halnya elok tidak apa juga, tetapi hal yang tidak sedap didengar menyebabkan panas telinga mendengarnya. Ianya bermula apabila Harian Metro menyiarkan artikel tentang katanya seorang penggiat produksi mendakwa Imam Muda adalah idea beliau tetapi disanggah oleh seorang individu lain dalam JAWI yang turut mengatakan idea Imam Muda sebenarnya ideanya bersama JAWI.…

  • Jom Makan-Makan,  Memori Imam Muda 3

    Apabila Diri Dah Terasa ‘Berisi’

    GEMUK. Adalah satu perkataan yang sensitif. Jangan dipanggil kepada orang yang berisi, sangat terasa! “Jamal! Aku tengok kau dah makin tembam! Masa mula-mula aku jumpa kau tak de la tembam macam ni”,kata Hans, rakan seperjuangan saya dalam Imam Muda 3. Seorang penulis kreatif Imam Muda 3 sama seperti saya. “Eh! Mana ada! Sama je aku tengok!”, saya buat-buat menafikannya. Dulu saya kurus, kesibukan mengembara ke seluruh negara, masa makan yang tidak teratur dan kadang kala tidak menjamah makanan, badan saya susut. Share

  • Memori Imam Muda 3,  Tinta ADMIN

    Bertemu Ustaz Hasrizal (Saifulislam.Com)

    “Bukan mudah nak jadi macam sekarang”, Ustaz Hasrizal memulakan bicara. Pertemuan yang tidak disangka itu hadir apabila Ustaz Hasrizal dijemput oleh Imam Muda Asyraf ke Fakulti Imam Muda. Kehadiran Ustaz Hasrizal adalah untuk mengisi slot Fiqh Dakwah kepada Imam Muda Musim Ketiga. “Saya mula menulis blog kira-kira 15 tahun yang lalu. Pada mulanya, saya guna nama Hasrizal.com”, terang Ustaz Hasrizal. “Macam mana boleh jadi Saifulislam.Com?”, saya bertanya. Share

  • Memori Imam Muda 3

    MONOLOG : Imam Muda 3

    “Juara Imam Muda Musim Ketiga jatuh kepada….. Imam Muda Jabar!!!” Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Jabar yang telah dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul Musim Ketiga. Pengumuman oleh Tuan Mudir Imam Muda, Dato’ Hassan Mahmud itu tadi telah menandakan Imam Muda 3 bakal melabuhkan tirai. 4 bulan bekerja dalam produksi Imam Muda ini terlalu banyak kenangan yang dihadapi. Ada manis dan ada yang pahit. Pastinya perjalanan ini turut dirasai oleh semua krew produksi Imam Muda dibawah label Astro Production Sdn. Bhd. Teringat kembali sewaktu saya menulis tentang sesi ujibakat Imam Muda dalam blog ini (sekitar bulan Mac 2012), ketika itu masih tiada petunjuk siapakah yang akan saya kenali dan siapa pula…