• Bicara Siasah,  Dakwah,  Imam Muda Musim Ketiga,  Info,  KEMBARA,  Memori Imam Muda 3,  Motivasi,  Perspektif

    UUM : Our Generation Is Going Down

    Saya berpeluang berjumpa dengan Prof Dr. Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia merangkap Ketua Kluster Politik Majlis Professor Negara ketika mengiringi Imam Muda Jabar dan Bank Islam di sana. Perjumpaan yang hanya sebentar itu sebenarnya memberi banyak pencerahan minda kepada saya. Mendengar sendiri idea daripada seorang Naib Canselor yang pastinya mempunyai banyak pengalaman mengurus dan berdepan dengan generasi Y yang semakin mencabar. “Our Generation is going down”. Itulah antara yang kami bincangkan. Melihat generasi “Y” yang serba canggih dan banyak tuntutannya. Saya juga seorang Mahasiswa dan anggota generasi muda ini, pastinya saya juga mengakui apa yang menjadi masalah kepada golongan pewaris bangsa di masa akan datang. Share

  • Bicara Siasah,  Motivasi,  Perspektif,  Rencah

    Ridhuan Tee : Bila Hati Melayu Mati

    Oleh : Dr. Ridhuan Tee Abdullah KETEGASAN Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan Negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju. Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan. Isu pendidikan Cina acap kali dan telah lama…

  • Bicara Siasah,  Motivasi,  Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

    KBS : Jangan Lebihkan Sukan Dari Belia

    1. Tahniah untuk YB Khairy Jamaluddin di atas pelantikan sebagai Menteri Belia Dan Sukan yang baharu. Ramai orang muda termasuk saya menyambut baik pelantikan ini. Kementerian yang menjaga kepentingan orang-orang muda perlu dipimpin oleh orang muda itu sendiri, terima kasih juga kepada Dato’ Seri Najib di atas kepercayaan ini. 2. Saya pernah menyampaikan isi hati saya dalam satu perjumpaan belia. Saya kata, orang-orang muda ketika ini kurang pengisian dalam dirinya. Tidak kira pengisian jati diri ataupun kerohanian. Saya juga bertanya kepada mereka, mengapa ramai orang muda di Malaysia sanggup turun ke jalanan untuk berdemonstrasi? 3. Mengapa mereka sanggup buat baju proganda dan sanggup membelinya sendiri tanpa diberi percuma? Mengapa mereka…

  • Bicara Siasah,  Kisah Para Nabi,  Kisah Sahabat,  Motivasi,  Perspektif,  Review,  Tinta ADMIN

    Indahnya Hidup Melayu Bersatu

    MELAYU. Apabila sebut nama bangsa ini, kebanyakkan orang akan berasa gelisah. Katanya juga “Melayu” adalah sesuatu yang takut untuk disebut. Sesuatu yang tidak menjamin syurga dan buang masa untuk diperjuangkan. Memperjuangkan Melayu juga selalu dikatakan Ultra-Melayu dan rasis. Melayu juga selalu dikatakan sebagai UMNO dan berjuang bersama UMNO dituduh sebagai seorang sekular. ISLAM. Adalah agama yang suci. Mengamalkannya adalah sesuatu yang diibaratkan sebagai memegang bara api bak kata Nabi kita, Nabi Muhammad Sholallahu A’laihi Wasallam. Islam jugalah yang memuliakan bangsa Arab, seperti kata Saidina Jaafar Bin Abi Talib, “Kami adalah bangsa (Arab) yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam” kepada Raja Najasyi. Orang Melayu dahulunya menganut agama Hindu. Segalanya telah berubah…

  • Dakwah,  Kisah Teladan,  Motivasi

    JOM TIRU MACAM SAYA!

    Saya ke sebuah Universiti bersama UNIC untuk membuat persembahan sempena majlis konvokesyen kampus tersebut. Setiap kali Pesta Konvo, pastinya diadakan juga Karnival jualan dan pameran oleh Universiti. Saya turut mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar karnival itu dan terjadilah sebuah cerita. “Awak student ke?”, saya bertanya kepada seorang peniaga wanita di karnival itu. Gerainya menjual barangan aksesori wanita seperti beg, alatan solekan wanita, baju dan lain-lain lagi. “Ye saya, saya student sini”, beliau menjawab. “Oo. Minat jual barang-barang macam ni ke?”, saya bertanya lagi. “Bukan saya minat menjadi peniaga, tapi sebab saya nak promosikan kepada orang lain. Saya suka bersolek dan bergaya dengan barang-barang macam ni. Saya jual barang-barang ni…

  • Family,  Motivasi

    “SAYA DAH KAYA, TAK PAYAH LAGI BAGI DUIT RAYA”

    “Assalamualaikummm… Kami datang nak beraya ni abang!” Di pagi Syawal, satu kumpulan kanak-kanak datang ke rumah. Belum pun Solat Sunat Aidilfitri berlangsung dan kaum Muslimin pergi ke Masjid, mereka sudah terjogok di depan pintu! Semangat raya berkobar-kobar jelas terpancar! Maklumlah, kemeriahan hari raya kebanyakkannya kanak-kanak yang lebih merasainya. “Marilah masuk, makan kuih. Nanti makcik buatkan air ye”, Mama saya mempelawa anak-anak kecil sekitar 7-10 tahun itu. Mereka duduk di ruang tamu sambil membuka satu persatu balang kuih yang terhidang. Saya juga berada di situ untuk melayan mereka sebelum ke Masjid. Teringat pula semasa kecil-kecil dahulu. “Abang, kami datang ni bukan nak makan sangat”, tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata kepada…

  • Aktiviti,  Bayan,  Dakwah,  Motivasi

    TUAN! NAK TAMBAH MARKAH BOLEH?

    Kami berkampung selama dua hari di sebuah kem. Saya dan rakan-rakan setugas menguruskan sebuah kem motivasi pelajar tingkatan 1 untuk sebuah sekolah di Lembah Klang. Petang itu, saya duduk di tepi sungai, masih terngiang-ngiang dalam ingatan tentang fenomena yang berlaku di dalam kem ini. Fenomena yang membuatkan kita mendapat satu pengajaran. “Tuan! Kalau saya ucap terima kasih, boleh tak bagi markah lebih?”,tanya seorang peserta kepada Ketua Fasilitator. “Ikutlah.. Kalau mood saya baik, saya bagilah”,jawab Ketua Fasilitator dengan tenang. Share