• Bicara Siasah,  Buku Aku Juga Rakyat,  Rencah

    Pilih Hang Tuah Atau Hang Jebat?

    Pada pandangan mata kasar dan kebiasaan gerakan politik dan masyarakat di dunia; gerakan gerila, demonstrasi jalanan, rapat umum, dan tangkapan ketua reformis oleh pihak berkuasa adalah satu ‘perjuangan tulen’. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang berkata bahawa Hang Jebat adalah benar kerana melawan pemerintah (Sultan Melaka). Mogok, membunuh dan cubaan merampas kuasa adalah lambang ‘perjuangan tulen’ Hang Jebat seperti yang dianuti oleh sesetengah golongan. Al-Kisah Tuanku Sultan Melaka murka dengan Hang Tuah kerana dituduh bermukah dengan dayang istana yang juga kekasih Tuah bernama Melor. Sebenarnya, Hang Tuah telah terperangkap dengan permainan Dato’ Pateh Karma Wijaya yang cemburu dengan prestasi Tuah kerana disayang oleh Sultan berbanding Dato’-Dato’ yang lain. Share

  • Bicara Siasah,  Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    “Ini Uftinya Tuanku”

    Ketika saya menulis perkara ini, jam 2 pagi, 2 April 2015. Makna kata, sudah masuk hari kedua, Malaysia memasuki era baharu dalam sistem percukaian negara. Seolah-olah hari raya. Ia diraikan begitu meriah sehingga banyak pantun-pantun persis mesej Malam Raya. Dan begitu banyak resit-resit muncul di media sosial. Bagusnya tentang cukai baharu ini ; rakyat Malaysia sedar untuk melihat resit pembelian mereka yang selama ini dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah (melainkan kalau nak claim). Hari ini baru mereka tahu, apa yang mereka belanjakan. Sistem percukaian kepenggunaan kita sudah bermula pada 29 Februari 1972 dan bukannya tiba-tiba muncul pada 1 April 2015. Ada dengar-dengar kata sekarang muncul pula dakwaan “Cukai…

  • Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

    MALAYSIA PUN ADA JAWA-LAH!

    Beberapa ketika, hubungan antara segelintir rakyat Malaysia dan Indonesia agak tegang. Bukan isu besar pun, hanya melibatkan isu-isu kecil seperti ; Tempe milik siapa? Popia milik siapa? Batik milik siapa? Terasa macam perangai budak-budak pun ada bila berbicara tentang perkara ini. Saya berbual dengan seorang kenalan saya dari Medan Indonesia bernama Nasir yang sudah berhijrah ke Malaysia. Berbual dengannya berkenaan hubungan antara kedua-dua negara serumpun ini sangat menarik. Share

  • Bicara Siasah,  Info,  Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

    MAHATHIR, ANWAR & KETUA UMUM PKR

    Menyorot kembali peristiwa 13 Mei 1969, Dr. Mahathir mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang gagal mengawal perpaduan kaum melalui sepucuk surat terbuka yang mencetuskan fenomena politik ketika itu. Akibat peristiwa itu, Dr. Mahathir dipecat daripada UMNO pada 26 September 1969 dan hidup bersendirian di rumahnya bersama keluarga sehingga dapat menyiapkan sebuah buku yang berjudul “The Malay Dilemma” yang membicarakan tentang ekonomi, politik dan cadangan-cadangan penambahbaikan taraf hidup Bumiputera. Apa yang menarik untuk direnungi bersama, Dr. Mahathir tidak menubuhkan mana-mana parti politik untuk kepentingan diri beliau sendiri walaupun dipecat oleh UMNO. Sebelum itu, negara sudah mempunyai sejarah wujudnya Parti Negara yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar akibat ideanya membuka keahlian kepada…

  • Bayan,  Dakwah,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah,  Sunnah

    ADAKAH TAHLIL ITU BAIK?

    1. Walaupun mengatakan bahawa Tahlil itu adalah perkara yang Rasulullah tidak lakukan, namun saya fikir program itu adalah baik. 2. Kerana dalam Tahlil itu ada doa dan bacaan Al-Quran. Namun, saya setuju AGAR tidak melakukan amalan tahlil ini mengikut hari-hari tertentu. Baca doa dan Quran bila-bila masa pun boleh. Amalan ini tidak pernah dikatakan oleh Nabi, tetapi berdoa dan membaca Al-Quran adalah sunnahnya. 3. Melawan Bidaah itu ada baiknya, tetapi bagi saya yang melihat perkembangan ini, ianya LEBIH BANYAK merosakkan masyarakat jika terlalu mendesak untuk MENIDAKKANNYA. Share

  • Aktiviti,  Dakwah,  KEMBARA,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    SUKARELAWAN BUKAN LAGAK JUTAWAN

    “Saya tak puas hati dengan misi kita”, kata seorang peserta secara tiba-tiba. Peserta yang lain tersentak. “Saya rasa seperti dipergunakan urusetia!”, beliau menambah lagi. Masing-masing melihat sekeliling. Mengapa dipergunakan? Urusetia mendapatkan penjelasan ; “Apa yang kamu tidak puas hati?”. “Mengapa pula kami kena bersihkan surau? Mengapa perlu membantu membersihkan rumah orang? Bukankah mereka ada keluarga sendiri? Orang kampung ramai-ramai buat apa?” “Kita tidur pun di asrama, sudahlah tak selesa. Kena kemas asrama kami pulak tu! Makanan pun lambat siap. Memang terasa macam dipergunakan”. Saya hanya diam apabila mendengar keluhan itu. Mungkin dia tidak faham, mungkin dia ingat misi kesukarelawan macam makan angin dan melancong. Sepanjang perjalanan ke lokasi operasi kami,…

  • Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

    Pendatang Asing Ambil Alih Malaysia?

    Sebelum stesen bas Klang Sentral di Meru beroperasi, stesen bas ekspres terdekat terletak di Bandar Klang. Selalunya saya akan mengambil bas ke Klang dari Pulau Pinang untuk pulang ke kampung halaman, Kuala Selangor. Daripada stesen bas Klang, saya perlu menaiki bas lompat-lompat bernama Park May atau City Liner untuk sampai ke rumah. Kalau tak silap saya ketika itu tahun 2007 atau 2008. Saya dapat merasakan bahawa saya sedang berada di LUAR NEGARA. Hanya seorang dua sahaja rakyat Malaysia di dalam bas City Liner berkenaan. Yang lainnya PENDATANG ASING memenuhi bas tersebut. Seperti ORANG ASING. Tiada bahasa Melayu yang kedengaran, semuanya bahasa Bangla yang saya tidak fahami. Sebelum menaiki bas, adakalanya…

  • Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    Penerangan Musafir Di Tempat Orang

    Sahabat saya salah seorang bekas pelajar di Yaman. Katanya, duduk di negara Yaman tidak terasa perlukan duit sangat, tapi bila pulang ke tanah air, banyak guna duit. Kenapa? Saya jawab; Bila kita di luar negara, kita ni MACAM Mat Indon, Mat Bangla yang ramai dekat Malaysia ni. Jarang pulak dengar Mat Bangla buat demo sebab tertekan pasal kos sara hidup, padahal gaji mereka lebih sedikit daripada gaji minimum Malaysia. Orang Asing ni kurang komitmen, tak bayar duit kereta, duduk kongsi-kongsi, guna kenderaan awam. HANYA fikir kerja, kerja, kerja. Hal keluarga kurang fikir. Asalkan dapat makan, kira ok. Kalau duduk negara sendiri, kita ada banyak komitmen. Keluarga ada di sini, kenderaan…