• Perspektif,  Rencah

    BERDENTAM DENTUM!

    Semasa saya kecil, biasa terjadi Black-Out apabila hujan lebat. Ketika itu saya menetap di rumah nenek sebelum melangkah ke alam persekolahan. Waktu gelap itu, kami terangi dengan cahaya lilin yang dibeli di kedai Atan seberang jalan. Banyaklah cerita hantu yang keluar dari mulut makcik-makcik saya. Seram wooo.. Ditambah pula dengan main bayang-bayang dekat dinding. Buatlah bentuk apa-apa pun asal dapat menghibur hati dalam kegelapan. Biasalah ketika hujan lebat, ada sahaja atap yang bocor atau tercabut ditiup ribut. Semasa itu, orang-orang kampung semuanya keluar duit sendiri beli atap untuk diganti baru. Kata mereka ; “Ini rumah kita, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya”. Mereka kata begitu walaupun mereka tidaklah terlalu senang. Kini, orang…

  • KEMBARA,  Perspektif,  Rencah

    Coret-Coret Coklat Di Langkawi

    Saya beratur menunggu giliran untuk membayar coklat-coklat yang dipilih. Sampai sahaja giliran saya di kaunter, saya ditanya oleh juruwang; “Nak beli coklat Cadbury ni encik? Beli satu percuma satu”. Saya melihat pek coklat tersebut. Satu set ada DUA keping Coklat Cadbury. Jika dibeli satu set maka kita akan dapat percuma satu set lagi. Keseluruhannya kita boleh dapat 4 keping coklat Cadbury dengan harga hanya RM13! “Kenapa tak letak di rak? Coklat Cadbury ni dengan sana sama ke?”, saya bertanya kepada Juruwang. “Tak. Yang di rak sana Cadbury yang diimport, yang ini keluaran Malaysia”, katanya sambil menunjukkan coklat yang diletakkan di kaunter bayaran. “Coklat keluaran Malaysia dah kurang orang beli, mungkin…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah

    Teringin Nak Jadi Mahasiswa Kembali

    Bila tengok Mahasiswa pergi buat piket, buat demonstrasi. Saya teringin nak jadi Mahasiswa kembali. Nak terangkan dekat diorang, dunia ni bukan seperti yang kamu sangkakan. Semasa jadi student, kita akan rasa semua yang kita suarakan nampak intelek. Suara Mahasiswa dianggap suara keramat dan terpelajar. Tapi mereka tidak tahu di dunia sebenar. Sehebat mana pun kita di universiti, kita kena bersaing dengan semua golongan dalam masyarakat apabila menempuh alam sebenar selepas universiti. Tidak hairanlah orang panggil kamu BODOH walaupun kamu seorang terpelajar. Kerana manusia biasa risau dengan 2 perkara iaitu KELAPARAN & KETAKUTAN. Fikirkan kenapa.. Jamal Rafaie 11 September 2014 Kuala Selangor Share

  • Bicara Siasah,  Kisah Teladan,  Rencah

    Bagaimana Pinangan Megat Alam Sengketa Ditolak?

    Di sebuah kampung yang damai, datang seorang putera Raja bernama Tun Nila Utama (P.Ramlee) dari negara Pura Cendana. Disambut pula oleh Puspawangi (Saadiah) yang bermain Nenek Kebayan di tepi pantai, lantas dibawanya Tun Nila Utama pulang ke rumah bertemu ibu bapanya, Kemenyan (bapa) dan Setanggi (ibu). Tiba-tiba datang satu rombongan, orangnya nampak ganas. Si ayah namanya Datuk Laksamana Padang Jarak Padang Terkukur dan si anak misai melentik bernama Megat Alam Sengketa (Shariff Dol). Tujuan rombongan ini datang adalah untuk meminang si dara jelita, Puspawangi. Kemenyan tidak pula menghalau rombongan Megat Alam Sengketa tetapi menjemput mereka dengan penuh tertib ke dalam rumah. Rombongan Megat Alam Sengketa pun mula menyampaikan hasratnya untuk…

  • Bicara Siasah,  Dakwah,  Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah,  Tongkat Bangsaku

    100 Ringgit Untuk Siapa?

    Ini kisah tahun 70-an dulu. Ada seorang tua yang warak di Kuang Selangor yang sangat rajin membantu orang ramai. Satu hari, apabila selesai membantu sebuah keluarga, beliau menerima duit upah daripada tuan rumah ; “Tuan.. Nah saya bagi 20 Ringgit, buat tambang bas untuk pulang ke rumah”. Orang Tua itu pun pulang dengan menaiki bas untuk pulang ke rumah. Tiba sahaja di destinasi, Orang Tua itu memberikan 20 ringgit kepada konduktor bas. “Pakcik.. Tambang bas 20 sen sahaja pakcik. 20 ringgit ni banyak sangat. 20 sen pakcik bukan 20 ringgit”, kata konduktor bas. “Aku diberi wang ini oleh seseorang untuk tambang bas. Dia bagi aku 20 ringgit, aku kena bagi…

  • Info,  Perspektif,  Rencah

    Kisah Nasi Lemak Chef Wan

    Ada yang ‘simbah petrol’ apabila Chef Wan komen tentang Nasi Lemak dalam pesawat MAS yang dikatanya tak ada timun dan ikan bilis. Biarlah Chef Wan kata macam tu, dia kan Chef terkenal. Kita ni yang jarang-jarang memasak ni kalau nak tumpang semangkuk tibai MAS memang tak patut la. Ada makan dalam pesawat sudah cukup bagus dah, tanpa timun dalam nasi lemak tidak mencacatkan pun. Yang penting nasinya bukan timunnya. MAS sudah beberapa kali memenangi Anugerah Hospitaliti dan Krew Kabin terbaik. Dan saya fikir MAS adalah syarikat penerbangan Malaysia yang terbaik berbanding Air Asia, Malindo dan Firefly. Kalau benar-benar nak tegur MAS (bab layanan kabin krew) untuk penambahbaikan itu tak apa.…

  • Info,  Rencah,  Review

    Kerajaan Turun Harga Barangan

    1. Kerajaan Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen Jimat Barang Dapur (JBD) yang melibatkan pasaraya-pasaraya besar di Malaysia seperti Tesco, Giant, Aeon, Econsave dan lain-lain lagi. 2. Hasil daripada Makmal yang diwujudkan oleh kerajaan bagi mengkaji punca dan penyelesaian isu sara hidup itu mendapati punca utama harga barang naik adalah disebabkan permainan harga oleh ORANG TENGAH. 3. Kita tak boleh menyalahkan sepenuhnya peniaga di Kedai Runcit kerana mereka mendapat bekalan daripada pemborong (Orang Tengah) dengan harga tinggi, bagaimana mereka mahu menjual dengan harga rendah? 4. ORANG TENGAH mengambil kesempatan menggunakan alasan ‘barang naik’ untuk mengaut keuntungan lebih. Contohnya hasil tanaman, harga bekalan di kebun masih sama harga dengan dulu (contoh :…

  • Bicara Siasah,  KEMBARA,  Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN,  Tongkat Bangsaku

    Azam Baru Ikan Pekasam

    Saya baru balik daripada Alor Setar. Ada kawan saya pesan supaya jangan lupa membeli ikan pekasam di Pekan Rabu. Memang banyak ikan pekasam di sana dan kata orang, lagi lama ikan pekasam direndam, lebih sedap! Saya kurang makan ikan pekasam, jadi saya tidak membelinya. Menu tambahan orang melayu ialah ikan pekasam, budu, belacan, cencalok dibuat daripada hasil laut yang diperam. Walaupun orang kata bau makanan itu kurang enak tetapi ianya membuatkan kita lebih berselera untuk makan! Benar juga, kalau tak dapat belacan memang tak sedap. Orang Kelantan, kalau tak ada budu dalam nasi kerabu memang tak dipanggil nasi kerabu. Itulah budaya orang kita, lebih lama lebih sedap! Cerita pasal azam…