• Filem,  Review

    Apa Ada Dengan Vikingdom?

    Sebelum pergi jauh, kita baca dulu Sinopsis filem Vikingdom. “Berdasarkan legenda Viking dan pantun yang ditinggalkan mereka, filem aksi ini berkisahkan seorang raja yang dilupai, Eirick yang telah diberi tugas mustahil untuk menewaskan Thor, Dewa Guruh. Misi Thor ialah mengumpul semua kunci artifak purba, “Mjolnir” – tukul Thor dari Valhalla, “Necklace of Mary Magdalene” dari Mitgard dan “Horn” dari Helheim. Semua artifak harus dikumpul sebelum Blood Eclipse yang berlaku sekali setiap 800 tahun. Jika gagal, para Dewa Viking tidak boleh memerintah manusia lagi. Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang…

  • Filem,  Review

    MENANTI FILEM-FILEM MELAYU ISLAM DI PAWAGAM

    KLISE. Genre filem kita sama sahaja. Jika tidak Rempit, Gangster. Jika tidak hantu, cinta. Jika tidak lawak, seram-seram kuku. Filem-filem kita perlukan perubahan. Saya bersetuju dengan pendapat penulis Rohami Shafie di Utusan Malaysia (17 September 2013) yang berpendapat penerbit dan pengarah filem perlu menggunakan filem sebagai satu medium menaikkan semangat orang-orang kita. Orang kita, saya yakin mereka dahagakan filem-filem yang memberi pengajaran dan manfaat, bukan sekadar hiburan yang melalaikan. Amerika Syarikat menggunakan filem sebagai penyebar propaganda kehebatan mereka. Contohnya filem Rambo yang mengisahkan seorang askar Komando US yang mampu menewaskan ratusan tentera Vietnam dalam Rambo 4. Sedangkan sejarah yang sebenar, US kalah teruk di Vietnam. Lihatlah betapa US pandai menggunakan…

  • Filem,  Review

    [REVIEW] : Hantu Kak Limah 2, Tak Seperti Yang Digambarkan

    Jika anda membaca tajuk posting ini, pasti anda akan tahu apa yang saya rasakan. Tetapi adakah ianya seteruk yang digambarkan? Filem ini adalah filem sambungan siri Geng Kampung Pisang. Bermula dengan Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan yang terbaru Husin, Mon, Dan Hantu Pakai Toncit. Filem terbaru ini lebih sinonim dengan nama “Hantu Kak Limah 2” yang saya percaya adalah untuk menumpang impak filem sebelumnya yang bukan sahaja memecah panggung tetapi menjadi sebut-sebutan masyarakat. “Kite Bakor jerr”. Watak Usop Wilcha memang sungguh berkesan dalam filem Hantu Kak Limah. Saya juga percaya bahawa populariti Usop Wilcha itu memberi peluang kepada Shy8 (pelakon watak Usop) mendapat tempat sebagai DJ…

  • Filem,  Review

    Review : Istanbul Aku Datang (Full Movie)

    SINOPSIS “ISTANBUL AKU DATANG” Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya. Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Share

  • Filem,  Review

    REVIEW : Hantu Kapcai

    Filem ini juga saya tonton secara tidak dirancang. Malam itu mak dan adik-adik saya mengajak untuk menonton filem ini. Kebetulan petang itu saya dengar di radio ada yang kata filem ini akan menyebabkan anda tidak kering gusi sampai di akhir filem. Betulkah boleh buat orang ketawa? Saya, adik dan mak pergi ke panggung wayang tengok HANTU KAPCAI! Share

  • Filem,  Review

    REVIEW : Resident Evil (Retribution)

    Saya menyaksikan filem ini secara tiba-tiba. Tiada sebarang perancangan tetapi selepas dipelawa rakan saya (Hans), saya terus setuju dengan pelawaannya. Filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi daripada permainan video popular. Menemui peminat bermula pada tahun 2002 dengan Resident Evil : Genesis dan berterusan dengan sambungannya Resident Evil : Apocalypse (2004), Resident Evil: Extinction (2007), Resident Evil: Afterlife (2010) dan yang terbaru, Resident Evil: Retribution (2012). 10 tahun filem ini mengekalkan heroinnya, Milla Jovovich yang memegang watak Alice. Share