• Uncategorized

    WALAUPUN BOSAN, VICE ADA PENGAJARAN

    Plot yang sungguh lemah. Jalan cerita juga sudah dijangka. Saya mengimpikan babak-babak aksi yang dilakonkan oleh Bruce Willis, tetapi hampa, beliau banyak duduk di kerusi dan bercakap sahaja. VICE adalah sebuah tempat hiburan kepada orang ramai yang menjanjikan KEBEBASAN. Pengunjungnya boleh melakukan apa sahaja yang normalnya tidak boleh dilakukan di dunia sebenar. Berhubungan seks bebas, dan selepas itu membunuh pasangan seks dibolehkan di VICE. Share

  • Uncategorized

    Jangan Jadi Pentaksub Tun M

    Mungkin generasi hari ini hanya melihat KEJAYAAN Tun M tanpa ujian dan semuanya berjalan lancar. Sehingga ada yang mengherdik pemimpin sekarang dengan mengatakan terlalu teruk dan tiada kepimpinan. Saya mahu mengajak saudara menelaah kembali buku yang ditulis sendiri oleh ayahanda Tun M yang berjudul Doctor In The House atau dalam versi Bahasa Melayu, Doktor Umum. Di dalam buku tersebut ada menyebut tentang jerih perit Tun M dalam pentadbiran kerajaan dan politik. Dan saya merasakan bahawa masalah politik di zaman Tun M tidak jauh bezanya dengan zaman pemimpin sekarang. Ketika saya dilahirkan, bapa saya tiada di sisi ibu saya. Beliau ketika itu sedang berada di Johor untuk menghidupkan semula UMNO yang…

  • Imam Muda Musim Ketiga,  Review,  Uncategorized

    Medan IM3 Ep. 2 : Merapati Golongan Gelandangan

    (Dipetik dari Website Imam Muda) Kekuatan sesebuah keluarga terletak pada pengurusan dan aturcara seorang imam dalam keluarga. Begitulah yang akan diterapkan sepanjang musim Imam Muda yang terkini. Tanpa seorang Imam yang baik, tidak mungkin sesebuah keluarga itu akan kekal bahagia. Minggu kedua di Fakulti Imam Muda membawa penonton menyusuri kehidupan golongan gelandangan terutamanya di sekitar kotaraya Kuala Lumpur. Mereka telah dibawa ke sekitar ibukota ini untuk berkongsi cerita disamping memberikan bantuan makanan, kata-kata nasihat serta semangat. Dua lokasi utama iaitu sekitar Masjid Jamek dan Masjid negara menjadi pilihan mereka kali ini. Share

  • Imam Muda Musim Ketiga,  Review,  Tinta ADMIN,  Uncategorized

    10 Imam Muda Musim Ketiga

    Imam Muda Musim Ketiga sudah mula menemui penonton Astro Oasis. Bermula 28 Mei 2012, para penonton akan disajikan dengan episod Ujian Imam Muda (28), Saringan Akhir Imam Muda (29), Penentuan (30), dan episod Profail 10 Imam Muda Musim Ketiga pada 31 Mei 2012, jam 6.30 petang. Seperti musim-musim yang sebelumnya, MEDAN IMAM MUDA akan menemui penonton bermula pada 1 Jun 2012, Jumaat jam 9.00 malam. Tema Imam Muda pada musim ketiga ini berkisar tentang Komunikasi Keluarga yang membincangkan tentang isu-isu semasa yang melibatkan masalah sosial dan masyarakat. Imam Muda akan cuba mengupas isu-isu ini dan memberi solusi untuk keluar dari masalah ini menurut pandangan Islam. PEMILIHAN IMAM MUDA MUSIM KETIGA…

  • Dakwah,  Sunnah,  Uncategorized

    PINTU SYURGA YANG NAMANYA AD-DHUHA

    “AKU TAK PERLU APA-APA LAGI DALAM HIDUP INI” Siapakah yang boleh mengatakan sedemikian? Kaya atau miskin, hidup pasti perlu dibantu. Siapakah di antara kita yang dapat menjamin kesejahteraan hidup untuk hari esok? Selagi ada yang mengharap, itulah yang dinamakan manusia. Makhluk yang lemah dan memerlukan bantuan Allah. Bagaimanakah hendak mendapat bantuan agar hidup kita dicukupkan rezeki di sepanjang kehidupan? Share

  • Uncategorized

    Blog Baru Amanah Baru!

    Selamat Datang Ke Blog saya yang baru! Seperti yang saya luahkan di blog yang lama, saya berhasrat untuk menyusuri dunia blogging secara self-hosting. Alhamdulillah, sekarang ianya telah menjadi kenyataan. Syukur pada-Mu Ya Allah.. Jadi, saya menerima satu amanah yang baru, membawa blog ini kepada masyarakat dengan mengupas isu-isu yang boleh diketengahkan. Insya-Allah, saya akan mencuba yang terbaik. Mohon pandangan anda sekiranya apa yang disampaikan tersasar dari apa yang sepatutnya. Terimalah.. Jamal Rafaie (dot) Com.. Share

  • Uncategorized

    Al-Fatihah Buat Luqman Hakim

    Belasungkawa buat Saudara Luqman Hakim bin Zamalolaily yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.15 pagi tadi (21/1/2010) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Allahyarham telah mengalami kemalangan pada petang semalam (20/1/2010). Innalillahiwainnailahirajiuun.. Allahyarham adalah junior saya di SBPI Sabak Bernam dahulu. Sudah lama tidak berjumpa tetapi memori indah tetap bersama. Jenazah akan dikebumikan selepas Asar ini. Al-Fatihah kepada allahyarham.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. InsyaAllah.. Moga-moga kita mengambil pengajaran dan iktibar dalam hal ini dan berdoa agar mendapat husnul khatimah.. InsyaAllah.. Share